“Bung telah mengetuai satu komplot untuk menggulingkan kerajaan Sabah, dan ini adalah fakta, bukan auta”
Raggie Jessy Rithaudeen
كريسيس سابه: قيصه اورڠ كوات زاهيد باليڠ باتو سوروق تاڠن
Datuk Seri Bung Moktar hari ini menafikan tindakan yang diambil sebelum ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.
Menurut portal berita, Bung mendakwa dia hanya mahu memperbetulkan hala tuju politik di negeri itu.
“Penggulingan dan pembentukan kerajaan adalah lain. Mengguling (kerajaan) ini berniat jahat tetapi tujuan kita ini adalah untuk membetulkan hala tuju politik agar rakyat dan Sabah itu menjadi sebuah negeri yang mampu untuk dibangunkan.
“Sebaliknya, mengguling ini maknanya membinasakan. Jadi, mesti ada definisi berbeza.
“Jadi, kita tidak pun mengguling, apa yang kita buat adalah untuk menentukan rakyat Sabah itu mendapat tempat yang sebenarnya oleh pemerintahan pada ketika ini,” katanya.
Namun, penjelasan ini tidak masuk akal, dan barangkali Bung keliru dengan penggunaan istilah ‘guling’.
Pertama, menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, “guling” membawa maksud menjatuhkan, meruntuhkan atau mengalahkan, seperti juga komplot untuk jatuhkan kerajaan.
Tidak ada sebarang unsur “niat jahat” atau “niat baik” diselitkan bersama definisi ini, bermakna seseorang yang cuba menjatuhkan kerajaan bagi apa jua tujuan, baik atau buruk, dianggap telah “cuba menggulingkan kerajaan.”
Kedua, Bung berkomplot dengan Warisan untuk cuba menjatuhkan kerajaan Sabah, selaras dengan maksud asas salah satu definisi perkataan “guling.”
Kesimpulannya, Bung telah mengetuai satu komplot untuk menggulingkan kerajaan Sabah, dan ini adalah fakta, bukan auta.
Namun, beliau kini cuba sorok tangan setelah membaling batu, sama juga seperti yang kerap dilakukan oleh Zahid sendiri.
