Krisis UMNO memuncak, kedudukan Ismail Sabri tidak begitu stabil

Zahid berkebarangkalian tinggi akan mengisytiharkan penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan andai kata Ismail Sabri berdegil dan tidak bersetuju untuk mencetuskan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. Sumber (gambar): TTF

“Menurut sumber, bukan hanya ketegangan antara Kluster Mahkamah dan Ismail Sabri makin memuncak, tidak mustahil ahli-ahli parlimen yang memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan tidak lama selepas PAU 2021”

Raggie Jessy Rithaudeen

كريسيس امنو ممونچق، كدودوكن اسماعيل صبري تيدق بڬيتو ستابيل

Tindakan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) mengadakan satu sidang media khas untuk menzahirkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tanda awal krisis besar dalam UMNO yang dijangka meletus tidak lama lagi.

Menurut pengerusi BBC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, kepimpinan perdana menteri perlu diteruskan bagi membantu Kabinet memberikan fokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah yang berlaku akibat Covid-19.

“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai perdana menteri.




“Beliau (perdana menteri) bersama Ahli Kabinet yang mempunyai mazhab (fahaman politik) berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid-19 negara sehingga angka statistik menurun,” katanya.

Ini adalah kepalsuan.

Hakikatnya, Ismail Sabri secara terbuka melanjutkan dasar sogokkkan kuasa dan kedudukan yang dipraktikkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah terus menambah lagi lantikan politik dalam pada ekonomi merudum, harga barang menggila dan kerajaan dikatakan tidak mempunyai duit.

Ismail Sabri bukan hanya gagal memperkasakan Majlis Pemulihan Negara yang diciplak daripada idea Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau menambah lagi jumlah lantikan ke majlis tersebut dan membenarkan Muhyiddin menerajuinya.

Ini pelik, kerana rangka kerja MPN yang diusulkan oleh Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agong bertujuan mengatasi kehancuran yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin kepada ekonomi, kewangan, pendidikan, kesihatan, politik dan sosial negara.

Kini, MPN hanya menjadi pentas lantikan politik selain lantikan lantikan tambahan yang tidak bermakna, termasuk duta-duta khas yang terus menerus menerima emolumen biarpun tidak pernah ke luar negara.

Jumaat lalu, saya menulis:

Loading...

Zahid kini sedang memberi tekanan kepada Datuk Seri Ismail Sabri untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15, berdasarkan perjanjian yang dimasukinya bersama Ismail Sabri.

Menurut perjanjian ini, Zahid bersetuju dengan pencalonan Ismail Sabri sebagai “Perdana Menteri sementara” bagi menggantikan Muhyiddin, dengan syarat Ismail Sabri bersetuju untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 sebaik sahaja angka Covid-19 menurun dan Pilihan Raya boleh diadakan.

Memandangkan Pilihan Raya Negeri Melaka sudah diadakan dengan jayanya dan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan bulan ini, Ismail Sabri tidak ada alasan untuk tidak mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang dijangka bermula 13hb Januari depan.

Dalam perhimpunan itu, Zahid dijangka akan mendapatkan persetujuan para perwakilan untuk menamakan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon Perdana Menteri UMNO andai kata Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Untuk itu, Mohamad Hasan perlu bertanding di kerusi parlimen, namun, perkara ini masih dalam tahap perancangan dan bakal dimuktamadkan sebelum PAU diadakan…

Menurut sumber, bukan hanya ketegangan antara Kluster Mahkamah dan Ismail Sabri makin memuncak, tidak mustahil ahli-ahli parlimen yang memihak kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Zahid bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan tidak lama selepas PAU 2021.

Memandangkan Pakatan Harapan memasuki Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan, Ismail Sabri tidak akan tumbang serta merta, namun beliau akan tertekan untuk membubarkan parlimen tidak lama kemudian.

Ini kerana Zahid berkebarangkalian tinggi akan mengisytiharkan penarikan sokongan UMNO terhadap kerajaan andai kata Ismail Sabri berdegil dan tidak bersetuju untuk mencetuskan pembubaran parlimen dalam masa terdekat.

Tidak mustahil perkara ini berlaku, kerana jika Zahid boleh mendapatkan sokongan para perwakilan di PAU 2021 untuk diadakan Pilihan Raya awal pada bulan tertentu, resolusi yang dicapai tidak boleh ditentang oleh MKT UMNO.

Ini akan menimbulkan suasana pelik, di mana Ismail Sabri menjawat jawatan perdana menteri dan mewakili UMNO tetapi tidak lagi disokong oleh parti yang diwakilinya.

Keadaan ini akan menjurus kepada keretakan serius dalam UMNO, apabila kepimpinan bahagian dan cawangan di seluruh negara akan terpaksa membuat ketetapan samada menyokong Ismail Sabri atau Kluster Mahkamah.

Ismail Sabri turut akan ditekan oleh akar umbi UMNO untuk membubarkan parlimen, memandangkan kerajaan pimpinannya akan dilihat sebagai “bergantung sepenuhnya terhadap sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP” untuk berkuasa.

Manakala itu, PKR dan DAP akan ditekan oleh seluruh kepimpinan bahagian dan cawangan masing-masing untuk menarik sokongan terhadap kerajaan andai kata UMNO benar-benar menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.

Ini kerana, jika Pakatan Harapan terus menyokong Ismail Sabri, ianya akan menimbulkan suasana pelik, di mana ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan akan terus duduk di luar kerajaan biarpun jumlah mereka melebihi jumlah ahli parlimen blok kerajaan.

Pada ketika ini sahaja, sokongan terhadap Pakatan Harapan sudah jauh berkurang berbanding Pilihan Raya Umum ke-14, disebabkan kesanggupan gabungan itu memasuki MoU bersama kerajaan.

Pada ketika MoU ini ditandatangani, Pakatan Harapan menjaja nama rakyat, kononnya apa yang dilakukannya demi memastikan kestabilan politik agar Pilihan Raya mengejut tidak diadakan dalam suasana pandemik Covid-19.

Namun, apabila UMNO menikam UMNO di Melaka sehingga tercetus Pilihan Raya Negeri, satu Malaysia mendapat maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan satu perbincangan sulit dengan beberapa ADUN Melaka dan menyokong rancangan mereka untuk meruntuhkan kerajaan negeri.

Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana Pakatan Harapan boleh menggunakan Covid-19 dan “kestabilan politik” sebagai alasan untuk menandatangani MoU, sedangan Anwar sendiri membantu cetuskan ketidakstabilan politik di Melaka dan membawa Pakatan Harapan masuk bertanding di Pilihan Raya Negeri.

Ramai juga tidak berpuas hati dengan Anwar dan DAP kerana sanggup memasuki MoU bersama gerombolan ahli-ahli parlimen yang pada satu ketika dahulu didakwa “gagal segagal gagalnya” dan “perlu disingkirkan demi kemakmuran negara.”

WAJIB BACA:

MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...