Ku Li dijangka bertemu beberapa pemimpin hari ini bincang hidupkan semula ‘UMNO Lama’

Pada 28hb September, sebuah portal yang cenderung ke arah Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, tidak mustahil Tengku Razaleigh Hamzah mengembalikan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) jika keadaan memaksa. Sumber (gambar): Fail TTF

كو لي دجڠك برتمو ببراڤ ڤميمڤين بينچڠ هيدوڤكن سمولا ءامنو لاماء

VETERAN Umno Tengku Razaleigh Hamzah dijangka bertemu beberapa pemimpin veteran termasuk bekas menteri bagi membincangkan mengenai usaha menghidupkan kembali ‘Umno lama’ yang diharamkan pada tahun 1988.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO selepas didakwa kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Tengku Razaleigh turut tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO yang berdegil untuk terus kekal berada di tampuk kepimpinan parti walaupun diselubungi pelbagai masalah sehingga parti itu ditolak pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Baru-baru ini, TTF mendedahkan bahawa UMNO di peringkat pusat akan menyaksikan perpecahan besar melibatkan sekumpulan pemimpin yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.

Menurut sebuah portal, pertemuan tersebut bakal diadakan di kediaman Ahli Parlimen Gua Musang terbabit di ibu negara, petang esok.

Difahamkan, ia adalah gerakan awal diusahakan Tengku Razaleigh atau mesra dengan panggilan Ku Li bagi menghidupkan semula ‘Umno lama’ selepas beliau menyatakan hasrat demikian, baru-baru ini.

Pada 28hb September, sebuah portal yang cenderung ke arah Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, tidak mustahil Tengku Razaleigh Hamzah mengembalikan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) jika keadaan memaksa.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO selepas didakwa kecewa dengan parti itu yang memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Tengku Razaleigh turut tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO yang berdegil untuk terus kekal berada di tampuk kepimpinan parti walaupun diselubungi pelbagai masalah sehingga parti itu ditolak pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Umno kena buat ‘rebranding’ dan tukar pemimpin bermasalah, jika tidak sukar untuk bangkit semula bila PRU15 nanti.

“Untuk jangka pendek Umno perlu bersatu padu antara ahli, susun semula pemimpin yang ada integriti sahaja yang layak duduk dalam barisan Majlis Tertinggi Umno,” beliau pernah berkata.

Baru-baru ini, TTF mendedahkan bahawa UMNO di peringkat pusat akan menyaksikan perpecahan besar melibatkan sekumpulan pemimpin yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Krisis Melaka: Zahid tengah pening, ada krisis baru…

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...