Ku Li menyokong tindakan RoS menyiasat UMNO

Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, UMNO negeri dan bahagian tidak bersalah dalam hal ini kerana menerima wang daripada saluran yang sah iaitu daripada Ibu Pejabat UMNO. Summer (gambar): The Star Online

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyiasat dan meneliti segala dokumen berkaitan perbelanjaan UMNO.

Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, UMNO negeri dan bahagian tidak bersalah dalam hal ini kerana menerima wang daripada saluran yang sah iaitu daripada Ibu Pejabat UMNO.

Akhbar sebelum ini melaporkan ROS sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1MDB.


GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyokong Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyiasat dan meneliti segala dokumen berkaitan perbelanjaan UMNO.

Tengku Razaleigh berkata, desakan haramkan UMNO tidak boleh dibuat secara terburu-buru dan perlu dibuktikan dahulu parti itu menerima wang daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).




“Negara ini mengamalkan demokrasi, jadi kita harap mereka tidak menyalah guna kebebasan diberi oleh sistem demokrasi. Dia boleh buat petisyen atau laporan supaya ambil tindakan terhadap UMNO, tetapi UMNO tidak akan berdiam diri dan mesti mempertahankan segala tuduhan itu,” katanya selepas merasmikan Pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan Pejabat Pertubuhan Kebajikan Asnaf (PEKA) Gua Musang di Bandar Utama, di sini, semalam.

Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, UMNO negeri dan bahagian tidak bersalah dalam hal ini kerana menerima wang daripada saluran yang sah iaitu daripada Ibu Pejabat UMNO.

“Dari dulu lagi ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO, zaman Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan zaman Tunku Abdul Rahman, kita menerima wang daripada Ibu Pejabat UMNO dan kita tak tanya daripada mana sumber duit ini,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan RoS sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1MDB.

Ketua Pengarahnya, Masyati Abang Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima memorandum berkenaan termasuk yang diserahkan kepada ROS di beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Perlis.

Beliau berkata, penelitian terhadap memorandum dan dokumentasi berkenaan akan dibuat berdasarkan peruntukan serta bidang kuasa yang termaktub mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Pertubuhan 1984.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...