Ku Li: Pelantikan Najib satu fasa dan ujian bagi kita semua

Ku Li ditanya sama ada pelantikan Najib menggambarkan bahawa ‘warlord’ kembali muncul dan menguasai UMNO, mengatasi kumpulan yang mahukan pembaharuan dalam parti itu. Sumber (gambar): Fail TTF

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, langkah Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkemungkinan membawa semula budaya dan pengaruh ‘warlord’ dalam parti.

“Mungkin (wujud budaya Warlord kembali), saya fikir ini hanya satu fasa dan mungkin ini hanya satu ujian bagi kita semua, UMNO tidak dimiliki oleh ahli UMNO sahaja, ia adalah milik seluruh masyarakat, sama dengan BN, para pemimpin datang dan pergi,” katanya di lobi Parlimen.

Ditanya pandangan veteran UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan tiada nasihat yang boleh diberikan Najib kerana UMNO dan BN tumbang di bawah pimpinannya, Ku Li membayangkan tidak semua nasihat Najib perlu dituruti.

“Mungkin kita akan diuji daripada segi apakah nasihat yang kita patut terima (daripada Najib),” katanya.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, langkah Barisan Nasional (BN) melantik Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN berkemungkinan membawa semula budaya dan pengaruh ‘warlord’ dalam parti.

Katanya, beliau tidak menolak sebarang kemungkinan itu disebabkan perubahan terkini yang dihadapi oleh BN.




“Mungkin (wujud budaya Warlord kembali), saya fikir ini hanya satu fasa dan mungkin ini hanya satu ujian bagi kita semua, UMNO tidak dimiliki oleh ahli UMNO sahaja, ia adalah milik seluruh masyarakat, sama dengan BN, para pemimpin datang dan pergi,” katanya di lobi Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelantikan Najib menggambarkan bahawa ‘warlord’ kembali muncul dan menguasai UMNO, mengatasi kumpulan yang mahukan pembaharuan dalam parti itu.

Semalam, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan berkata Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Najib dilantik kepada jawatan itu bagi membantu BN dalam usaha mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata, pelantikan Najib itu tidak salah kerana BN dan UMNO memerlukan sokongan semua pihak untuk menghidupkan semula kedua-dua parti itu.

Walaupun Najib berdepan pelbagai tuduhan, katanya, bekas Perdana Menteri itu tidak semestinya menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN.

Ditanya pandangan veteran UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyifatkan tiada nasihat yang boleh diberikan Najib kerana UMNO dan BN tumbang di bawah pimpinannya, Ku Li membayangkan tidak semua nasihat Najib perlu dituruti.

“Mungkin kita akan diuji daripada segi apakah nasihat yang kita patut terima (daripada Najib),” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...