Ku Nan elok bersih kain buruk sendiri dulu daripada jaga tepi kain orang

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar) Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

كو نن ايلوق برسيه كاين بوروق سنديري دولو درڤد جاڬ تڤي كاين اورڠ

Siapa Tengku Adnan Mansor hendak dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Mantan presiden UMNO selama 22 tahun menceburi diri dalam perjuangan umno sejak tahun 1946 sehingga kini.

Di mana Tengku Adnan Mansor berada pada tahun 1946?




Memahami dasar perjuangan umno apa yang Tengku Adnan Mansor maksudkan?

Kemungkinannya Tengku Adnan Mansor nak ajar pasal memahami wadah perjuangan merompak khazanah negara serta duit rakyat sepertimana amalan mereka?

Dia seorang yang amat haprak suatu ketika dahulu dan hanya seorang budak ‘pecacai’ Tun Dr Mahathir Mohamad saja.

Tengku Adnan Mansor jangan kurang ajar serta celupar sangat.

Imej serta reputasinya terlalu jijik! Kenyataan-kenyataan bodoh dia akan buat dirinya jadi bertambah jijik!

Dia ini cepat lupa sejarah. Dulu dia hanyalah seorang budak haprak yang tidak ada apa pun.

Tetapi kerana kepintaran bersikap opportunis siang malam mengampu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkuasa pada suatu masa dahulu akhirnya dia naik sepertimana pada hari ini kerana pertolongan dari mantan perdana menteri ini juga.

Loading...

Inilah ragam manusia tak berguna yang tidak tahu mengenang budi.

Suruh Tengku Adnan Mansor masuk kelas ‘anti rasuah’ dulu! Cakaplah pada manusia tak berguna ini agar ‘cerminkan muka’ sendiri terlebih dahulu.

Kalau dia sendiri macam ‘ibu ketam jalan senget; jangan pula nak ajar anak ketam berjalan lurus’.

Saya nak nasihatkan Tengku Adnan Mansor agar beri tumpuan pada kes-kes korupsi dia yang sedang berjalan di mahkamah pada hari ini.

Bersihkan nama dia dulu di mahkamah, ‘jangan jaga di tepi kain orang!’ Kain dia sendiri terpalit dengan pelbagai najis yang terlalu kotor.

Tengok muka dia pun amat jijik nak bercakap pasal integriti pula. Diri dia sendiri pun tidak berintegriti.

Jika kita tidak mampu untuk berbudi adalah memadai dengan kita hanya membalas budi tetapi sekiranya kita tidak mampu juga untuk membalas budi; adalah memadai dengan kita hanya mengenang budi.

Kalau tak kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pungut dan acu kareer politiknya pada suatu masa dahulu; saya rasa kemungkinannya Tengku Adnan Mansor ini masih kerja mengangkat tong gas lagi di kampung baru.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...