Raggie Jessy Rithaudeen
Masalah terbesar yang melanda negara kita pada ketika ini bukanlah sensitiviti perkauman ataupun perbalahan melibatkan kumpulan-kumplan ‘lampau’, tetapi sikap sesetengah pemimpin politik yang cuba memajukan agenda masing-masing tanpa menghiraukan tuntutan sebenar agama Islam.
Malah, dalam pada masyarakat umum diberi amaran supaya tidak mengungkit isu yang mampu mencetuskan perbalahan, yang terus-menerus mengungkit isu seperti ini tanpa dikenakan sebarang tindakan tak lain tak bukan mereka yang sepasukan dengan pihak pemberi amaran.
Cuba tanya diri sendiri, siapakah yang menimbulkan kontroversi Dr Zakir Naik kalau bukan Lim Kit Siang? Bukankah dia yang mula-mula menuntut agar Zakir dihantar balik ke India tanpa pernah cuba bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan?
Siapakah yang melindungi puak Dong Zong kalau bukan Lim Kit Siang? Bukankah teramat nyata puak ini rasis kerana cuba meracuni pemikiran masyarakat Cina dengan dakwaan kononnya pembelajaran seni khat dan penulisan jawi mampu mengislamkan pendidikan di Malaysia?
Siapakah yang melemparkan pelbagai fitnah terhadap PDRM dan pentadbiran Islam di negara ini kalau bukannya Waytha Moorthy? Bukankah RSN Rayer dan Gobind Singh Deo berada di sebelah Waytha sewaktu beliau menghasut rakyat membenci PDRM dengan pelbagai tuduhan palsu apabila menjelaskan punca ‘sebenar’ rusuhan di kuil Seafield?
Siapakah yang memuat naik di Facebook bahawa pengenalan tulisan jawi sama seperti menggosok tahi lembu di muka kalau bukan Lim Lip Eng? Siapakah yang mendakwa bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO akan menjurus kepada gejala terorisma kalau bukan Chew Chong Sin?
Bukankah kedua-dua mereka ini berasal dari parti DAP? Di manakah tindakan pihak kerajaan terhadap mereka sewaktu mereka mengapi-apikan semangat kebencian masyarakat Cina dan India terhadap Melayu-Islam?
Tindakan menuding jari terhadap umum tanpa mengenakan apa-apa tindakan terhadap pencetus sebenar polemik perkauman merupakan satu bentuk penganiayaan pihak pentadbiran Pakatan Harapan terhadap rakyat, khususnya umat Islam.
Persoalannya, apakah pihak pembangkang melakukan apa yang seharusnya bagi memperbetulkan keadaan ini?
Setakat ini, apa yang saya lihat hanyalah usaha di kalangan pemimpin-pemimpin tertentu mengajukan fakta bagi membetulkan persepsi umum terhadap isu perkauman yang didalangi DAP.
Malangnya, pemimpin-pemimpin ini tidak pernah berusaha sepenuhnya mencari jalan tengah bersama pihak pentadbiran dalam aspek ekonomi dan politik Islam kerana tidak mampu mengenepikan ego ataupun kepentingan politik masing-masing.
Yang ada pun hanyalah perbincangan permuafakatan sesama sendiri atas nama ‘penyatuan’ tanpa melibatkan mana-mana kelompok dari pihak pentadbiran mahupun kumpulan yang tidak berparti, ketua-ketua kampung, Mufti, Imam dan sebagainya.
Kita perlu akur, bahawa penyatuan dalam ertikata sebenarnya haruslah menyeluruh dan tidak bertumpu pada mana-mana pihak berkepentingan, lebih-lebih lagi pihak yang lahir dari dan berpaut kepada sistem demokrasi yang asal-usulnya tiada kaitan langsung dengan politik Islam.
Hakikatnya, penyatuan hanya akan bermula apabila semua kelompok, baik dari pentadbiran mahupun pembangkang, bermuzakarah ke arah kesepakatan dengan niat memelihara serta memartabatkan agama, institusi diraja, pentadbiran, ekonomi dan masyarakat Islam.
Ini sekaligus akan menjurus ke arah satu bentuk kerjasama berteraskan Islam, di mana setiap satu langkah yang diambil bagi memerangi musuh Islam akan bersepadu dan menurut tuntutan agama dalam konteks masyarakat majmuk.
Cuba kita tanya, apakah benar kita sudah sampai ke tahap di mana resolusi terakhir adalah bagi kita menghunus pedang kebenaran keluar daripada sarungnya?
Atau adakah pemimpin kita sendiri gagal selama 54 tahun sejak tertubuhnya parti DAP bagi menunaikan kesemua tuntutan agama hinggakan kita masih belum lagi mampu mengenalpasti bahaya sebenar parti licik ini terhadap umat Allah?
Apakah ini sebab sebenar pihak pentadbiran teragak-agak mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin rasis DAP dari dulu lagi?
Renung-renungkanlah…
BAHAGIAN 2 ESOK [VIDEO]
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
