Kuota matrikulasi: Tolak sentimen palsu DAP

“Menyokong pengekalan kuota ini tidak pula bererti seseorang itu rasis serta bersifat tidak adil kepada pihak lain. Dasar pendidikan kepada semua tidak wajar dipinggirkan pihak Kerajaan. Itu semua hanya sentimen palsu yang dimainkan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan keadaan tidak senang dalam kalangan rakyat” – Husain Awang. Sumber (gambar): Harakah Daily

Senator Dato’ Husain Awang

POLEMIK yang berlaku dalam negara sejak era Malaysia Baharu menggambarkan terkikisnya semangat ketatanegaraan yang telah lama menjadi pegangan rakyat di negara ini. Isu kuota matrikulasi yang sedang diperdebatkan bukanlah isu pertama yang memperlihatkan terkikisnya pemahaman terhadap perkara ini, bahkan ia bermula sejak pertikaian isu ratifikasi ICERD, pengiktirafan UEC dan sebagainya.

Isu kuota kemasukan ke matrikulasi bukanlah suatu isu besar jika semua pihak memahami serta menghormati kontrak sosial, suatu elemen penting dalam pembentukan negara ini. Malah, sejak dari awal, kontrak sosial tidak hanya dipersetujui hanya melalui sebelah pihak iaitu Melayu sahaja. Ia turut melibatkan pemimpin dari bangsa yang lain.




Justeru, adakah sesetengah daripada mereka benar-benar tidak faham atau sengaja bersembunyi disebalik fakta sejarah?

Tambahan pula, menghubungkan dua aspek iaitu kuota matrikulasi dengan “Mandarin requirement” dalam sektor pekerjaan bukan sesuatu yang ironi. Ini kerana kedua-duanya menampakkan perbezaan dan ketidakseimbangan yang jelas. Malangnya, pihak yang mendedahkan ketidakseimbangan yang berlaku pula dituduh bermain sentimen perkauman.

Sewajarnya perkara tersebut perlu diteliti demi kebaikan bersama. Dalam keadaan sistem pendidikan negara yang masih tidak berpadu pada satu tiang sama, sesetengah pihak masih menegakkan sesuatu yang tiada asas untuk diketengahkan.

Walaupun bersetuju supaya sistem kemasukan ke IPTA yang melibatkan program matrikulasi dan STPM ini ditambah baik dari sudut kualiti dan kuantiti, namun desakan kepada perubahan kuota matrikulasi tersebut jelas membelakangi semangat ketatanegaraan yang dimaksudkan.

Walau bagaimanapun, menyokong pengekalan kuota ini tidak pula bererti seseorang itu rasis serta bersifat tidak adil kepada pihak lain. Dasar pendidikan kepada semua tidak wajar dipinggirkan pihak Kerajaan. Itu semua hanya sentimen palsu yang dimainkan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan keadaan tidak senang dalam kalangan rakyat.

Saya berpandangan kesemua kemelut yang tidak perlu ini lahir daripada “kepelbagaian” aliran utama dalam sistem pendidikan negara sehingga menghalang kepada pemahaman terhadap konsep ketatanegaraan, apatah lagi mencapai nilai kesepaduan dalam negara yang berbilang bangsa.

Semua yakin pendidikan adalah nadi penyatuan negara bangsa, namun usah sesekali lupa bahawa neraca pendidikan yang dimaksudkan adalah dirujuk kepada bahasa kebangsaan yang satu, budaya serta nilai sejarah yang sentiasa dipelihara. Persoalannya, adakah neraca pendidikan yang menjadi titik asas kesatuan dilindungi di negara ini?

Loading...

“Islam Memimpin”

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...