Lagi berita palsu: Belum ada negara yang melarang terus pelancong China sebab wabak Coronavirus

Untuk makluman, selagi WHO tidak mengisytiharkan wabak coronavirus sebagai “Public Health Emergency of International Concern (PHEIC), selagi itulah tidak ada keperluan mana-mana negara di dunia untuk menyekat pelancong dari China atau mana-mana negara lain. Sumber (gambar): Fail TTF

THE THIRD FORCE

اڬي بريتا ڤلسو: بلوم اد نڬارا يڠ ملارڠ تروس ڤلنچوڠ دري چينا سبب وابق چوروناۏيروس

Hanya terdapat satu negara di dunia sehingga kini yang menghalang kemasukan pelancong dari luar negara.

Negara itu adalah Korea Utara, dan sekatan yang dikenakan tiada kaitan langsung dengan wabak coronavirus yang melanda China baru ini.

Negara lain masih membenarkan kemasukan pelancong dari China melainkan penduduk yang berasal dari Wuhan.




Ini adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh World Health Organisation yang sedang dituruti oleh kerajaan-kerajaan dunia, temasuk Malaysia.

Untuk makluman, selagi WHO tidak mengisytiharkan wabak coronavirus sebagai “Public Health Emergency of International Concern” (PHEIC), selagi itulah tidak ada keperluan mana-mana negara di dunia untuk menyekat pelancong dari China atau mana-mana negara lain.

Justeru, berita kononnya Filipina, Britain, Rusia dan beberapa negara dari Asia Tenggara, termasuk Thailand, telah melarang pelancong China daripada memasuki sempadannya tidak benar.

Walaupun terdapat kejadian di Filipina di mana lebih 400 pelancong dari Wuhan dihantar pulang atas sebab-sebab tertentu, Filipina sama sekali tidak melarang pelancong China daripada memasuki sempadannya.

Berita-berita palsu ini digunakan sebagai modal oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.

Amat sedih apabila pihak-pihak ini tergamak menggunakan kesengsaraan yang dihadapi rakyat China untuk memajukan karier politik masing-masing.

Seharusnya, semua pihak melupakan seketika perselisihan sesama mereka dan berganding bahu bagi memastikan rakyat Malaysia diberikan berita tepat berhubung wabak coronavirus yang melanda.

Loading...

Perkara ini penting bagi mengelak berlakunya panik dan memastikan rakyat Malaysia akan mempercayai dan memantau terus maklumat sahih dari pihak-pihak yang berkaitan berhubung wabak ini.

Lupakanlah seketika kecenderungan politik anda dan laksanakan tanggunjawab anda sebagai warganegara yang prihatin setakat mana yang mampu.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...