Lagi penafian dari Zahid, kali ini berhubung ‘Amanat Zahid’

Zahid meminta pihak yang mengedarkan ‘Amanat Zahid’ menghentikan segera perbuatan politik jahat. Sumber (gambar): Fail TTF

لاڬي ڤنافيان دري زاهيد، كالي اين برهوبوڠ ءامانت زاهيدء

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada menulis sebuah artikel kononnya beliau memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung perancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk terus berkuasa.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya sebentar tadi, Ahmad Zahid berkata, artikel itu menyebut bahawa pelbagai serangan telah diberikan ke atas beliau, tindakan ahli Parlimen melompat parti, penyalahgunaan kuasa, perpaduan ummah, PRU-15 (Pilihanraya Umum ke-15) serta pelbagai intipati lain.

“Saya menyarankan semua pihak yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripada saya boleh meninjau melalui Facebook ini dan juga Telegram saya.

“Semoga semua daripada kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amal kebaikan. Salam Ramadan almubarak,” katanya lagi.


SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan ada menulis sebuah artikel kononnya beliau memberikan amanat kepada ahli parti serta akar umbi berhubung perancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk terus berkuasa.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya sebentar tadi, Ahmad Zahid berkata, artikel itu menyebut bahawa pelbagai serangan telah diberikan ke atas beliau, tindakan ahli Parlimen melompat parti, penyalahgunaan kuasa, perpaduan ummah, PRU-15 (Pilihanraya Umum ke-15) serta pelbagai intipati lain.




“Ingin saya menegaskan bahawa artikel itu tidak ditulis oleh saya mahupun dengan kebenaran saya tetapi dilakukan oleh orang lain yang tidak diketahui individu berkenaan.

“Saya menyedari saban hari pelbagai fitnah dilakukan pihak tertentu bagi mengkucar-kacirkan situasi politik semasa serta memburuk-burukkan UMNO,” katanya.

READ ALSO: SUDAH MULA USAHA RAHSIA CANTAS ZAHID MELIBATKAN ORANG NAJIB (PENDEDAHAN)

Beliau dalam pada itu turut meminta pihak yang melakukan perkara tersebut menghentikan segera perbuatan politik jahat.

“Saya juga berharap Ramadan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan amal ibadah bukannya menabur fitnah serta mengamalkan politik tidak matang.

“Saya menyarankan semua pihak yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripada saya boleh meninjau melalui Facebook ini dan juga Telegram saya.

“Semoga semua daripada kita diberkati Allah SWT dan diterima segala amal kebaikan. Salam Ramadan almubarak,” katanya lagi.

WAJIB BACA:

Sudah mula usaha rahsia cantas Zahid melibatkan orang Najib (Pendedahan)

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...