Lagi penipuan Barisan Nasional terdedah, Zafrul diminta ulas

“Sehingga kini, bukan hanya UMNO dan PAS gagal mendedahkan bukti kepincangan dalam pentadbiran Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan sepertimana yang diwar-warkan, lebai-lebai mereka bertindak mendiamkan isu “pengaiban masyarakat Melayu-Islam” biarpun didesak untuk tampil bersama bukti”

Raggie Jessy Rithaudeen

Sebaik selepas Barisan Nasional kecundang di Pilihan Raya Umum ke-14, beberapa kumpulan penyokong tajaan dan NGO tidak berdaftar mula bercambah secara tiba-tiba, serentak dengan penubuhan sebuah studio live yang menjemput para panelis yang hampir kesemuanya anti-DAP.

Peneraju NGO-NGO ini diberitahu bahawa misi bersama UMNO, PAS dan kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razaj adalah untuk “menumpukan serangan terhadap DAP” kerana DAP merupakan “musuh agama, bangsa dan negara.”




Ramai yang mempercayai dakwaan-dakwaan yang diketengahkan oleh kepimpinan UMNO, PAS dan NGO-NGO ini, termasuklah dakwaan kononnya berlaku kepincangan dalam pentadbiran Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng sehingga “mengaibkan masyarakat Melayu-Islam.”

Ini termasuklah dakwaan yang ditularkan di media sosial kononnya Tabung Haji dikawal secara tidak langsung oleh Guan Eng malah mesyuarat lembaga itu pernah dipengerusikan oleh seorang berbangsa Cina bukan-Muslim.

Sebenarnya, sebelum Pakatan Harapan tumbang lagi, saya mendapat maklumat perihal beberapa pembohongan oleh pemimpin PAS dan UMNO berhubung penjualan aset-aset Tabung Haji dan membongkarkan pembohongan itu menerusi satu siri terbitan (rujuk hujung bawah).

Saya menulis:

Setelah membuat beberapa rujukan, saya mendapati, walaupun aset-aset tertentu dari Tabung Haji dipindah milik ke syarikat SPV bawah Kementerian Kewangan, ianya tetap berada di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang bertanggungjawab sepenhnya kepada Kerajaan Persekutuan.

Saya turut merujuk kepada pakar kewangan Islamik dan mendapati pindah milik aset Tabung Haji kepada mana-mana syarikat, asalkan membawa balik pulangan yang setimpal, bersesuaian dan berpatutan kepada Tabung Haji, merupakan keputusan perniagaan dari satu sudut dan tidak melanggar apa apa prinsip pengurusan Islamik asalkan ianya diputuskan oleh seorang Muslim berkelayakkan.

Ini kerana pulangan itu akhirnya akan dimilili dan dikawal sepenuhnya oleh Tabung Haji sendiri. Dan sepertimana yang kita sedia maklum, Tabung Haji diterajui oleh Datuk Seri Zukri Samad, iaitu seorang Melayu Muslim yang professional dan bekas CEO Bank Islam Malaysia Berhad, yakni “Muslim yang berkelayakan.”

Loading...

Atas sebab itulah saya hanya mengajukan soalan kepada Mujahid berhubung dakwaan “rompakan aset-aset milik Melayu-Islam” dan tidak pernah sekali pun menuduhnya secara terus “membantu DAP merompak aset milik Melayu-Islam.”

Dan atas sebab itulah juga saya berhenti membawa isu Tabung Haji selepas satu tempoh tertentu dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi meminta jasa baik polis melakukan siasatan-siasatan tertentu.

Dalam perjumpaan saya dengan seorang pegawai penyiasat, saya meminta secara peribadi agar isu “Tabung Haji dikawal oleh orang bukan Muslim” disiasat.

Biarpun saya mendapati beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid tidak bertanggungjawab dan mengelirukan, saya tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam ataupun mesyuarat Tabung Haji dipengerusikan oleh individu bukan Muslim.

Saya turut sedang menunggu penjelasan dari mana-mana pihak yang berkelayakan bagaimana pindah milik aset Tabung Haji ke mana-mana syarikat boleh diklasifikasikan sebagai “mengaibkan masyarakat Melayu-Islam” jika pindah-milik tersebut disusuli dengan pulangan yang setimpal, bersesuaian dan berpatutan yang disalurkan sepenuhnya ke Tabung Haji.

Ya, masyarakat Melayu-Islam terang-terang ditipu selama ini, walhal, penjualan aset Tabung Haji sebenarnya satu kelaziman malah keperluan semenjak zaman Barisan Nasional lagi untuk menjana pulangan bagi kepentingan para pelabur.

Inilah yang dikatakan “pelaburan,” dan inilah sebabnya Tabung Haji membeli aset menggunakan dana pelabur.

Sebaik selepas UMNO dan PAS mengambil alih tampuk kepimpinan negara, isu “pengaiban Melayu-Islam” dan “kepincangan dalam pentadbiran Kementerian Kewangan oleh Lim Guan Eng” tiba-tiba disenyapkan.

Kemudian, apabila Tengku Zafrul diasak bertubi-tubi untuk dedahkan bukti kepincangan yang dimaksudkan, beliau tiba-tiba bertindak mendedahkan sebuah laporan ringkas kononnya Pakatan Harapan meluluskan sebanyak 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion selama 22 bulan ia mentadbir negara.

Pada mulanya, pendedahan Zafrul amat mengejutkan para netizen yang selama ini diberi persepsi oleh UMNO dan PAS bahawa Pakatan Harapan paling boros berbelanja menerusi projek rundingan terus.

Tetapi pendedahan itu nyata tidak bertanggungjawab dan dilakukan dalam keadaan tertekan kerana Zafrul gagal terus mendedahkan senarai penuh projek, penerima projek dan kementerian yang terlibat.

Kemudian, apabila ditekan untuk berbuat demikian, Zafrul akhirnya membongkarkan senarai tersebut, sekaligus memberikan kejutan kali kedua kepada para netizen dalam tempoh tidak sampai dua hari.

Rupa-rupanya, bukan hanya lebih dua per tiga daripada nilai projek yang didedahkan melibatkan projek-projek rundingan terus pentadbiran Najib, Pakatan Harapan merupakan pentadbiran yang paling kurang boros berbelanja dalam sejarah tanah air.

Sehingga kini, bukan hanya UMNO dan PAS gagal mendedahkan bukti kepincangan dalam pentadbiran Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, lebai-lebai mereka bertindak mendiamkan isu “pengaiban masyarakat Melayu-Islam” biarpun didesak untuk tampil bersama bukti.

Apakah UMNO dan PAS menipu selama ini?

Hari ini pula, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Lim Guan Eng sebenarnya tidak pernah diberi kebenaran untuk membentangkan Belanjawan di parlimen selagi tidak mendapat kelulusan beliau.

Malah, Mahathir turut mendedahkan bahawa Guan Eng sebenarnya bersetuju terus dengan “Shared Prosperity Vision” yang dirangka oleh para intelek Melayu-Islam biarpun ianya lebih menguntungkan masyarakat Melayu-Islam berbanding bukan Islam.

Akhir sekali, Mahathir memberitahu bahawa Lim Guan Eng merupakan individu yang terlibat dengan cadangan menyalurkan sebanyak RM400 juta ke negeri Kelantan bagi membantu ringankan beban rakyat Kelantan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pentadbiran negeri.

Apakah UMNO, PAS dan Zafrul berani menyangkal dakwaan ini?

WAJIB BACA:

Isu Tabung Haji: Minta UMNO bantu jelaskan pendedahan terbaru Muhyiddin

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...