“Bila sampai masanya untuk mengundi dasar Belanjawan 2021 atau membuat sebarang keputusan lain, ahli-ahli “UMNO 3.0” akan membuat ketetapan masing-masing berdasarkan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan keahlian mereka dalam Dewan Rakyat, bukannya keahlian mereka dalam “UMNO atas kertas” pimpinan Zahid”
Raggie Jessy Rithaudeen
لاهيرڽ ءامنو 3.0ء، تمتڽ ايرا زاهيد-نجيب
Pada 10hb November 2020, Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) mendakwa Barisan Nasional hanya akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya pengeluaran RM10,000 seketul dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman diluluskan.
Semalam, Najib mengulangi dakwaan itu dan menambah, terpulang kepada Perikatan Nasional (PN) untuk memutuskan samada kepimpinannya akan memenuhi tuntutan Barisan Nasional atau tidak.
Dalam erti kata lain, Najib, yang hanya sekadar pengerusi kelab ahli parlimen Barisan Nasional dan bukannya Barisan Nasional sendiri, meletakkan dua syarat bagi pihak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pengerusi sebenar gabungan itu.
“Sokongan kami terhadap belanjawan ini bergantung pada persetujuan dua perkara ini, dan oleh itu sokongan BN untuk belanjawan ini adalah bersyarat,” katanya.
Tak rasa pelik?
Tak rasa binggung ke melihat seorang penjenayah yang disabitkan kesalahan (Najib) membuat segala macam tuntutan di Parlimen bagi pihak yang disyaki penjenayah (Zahid)?
Lebih menghairankan lagi, sejak bila pengerusi kelab ahli parlimen Barisan Nasional diberikan kuasa ‘khas’ mengatasi jurisdiksi pengerusi gabungan untuk membuat tuntutan-tuntutan bagi pihak gabungan itu?
Nyata di sini bahawa Zahid tidak lagi menguasai UMNO, dan segala apa yang diperkatakannya tidak lagi diterima oleh majoriti ahli-ahli parlimen dalam parti itu.
Bukan hanya Zahid sah menipu dan memperdaya semua ahli parlimen Barisan Nasional dalam isu sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (rujuk artikel bawah), majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO memandang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai presiden de facto parti itu.
Ya, Tengku Razaleigh Hamzah.
Sebab itulah Najib dikerahkan untuk membuat tuntutan bagi pihak Zahid. Satu Malaysia tahu bahawa Zahid tidak lagi menguasai UMNO, malah Zahid sendiri pernah mengaku bahawa beliau “tidak dapat mengawal ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.”
Jika itu keadaannya, masakan ahli-ahli parlimen ini akan melayan kenyataan yang dibuat oleh Najib, lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu komplot yang dirancang oleh Zahid dan Najib bersama Anwar.
Hakikatnya, UMNO kini bukan hanya terbahagi kepada Team A (Najib-Zahid) dan Team B (Ku Li), Team B merupakan “UMNO sebenar,” atau “UMNO 3.0,” manakala Team A, yang hanya disokong oleh sembilan hingga sepuluh ahli parlimen, merupakan “UMNO atas kertas.”
Biarpun ahli-ahli “UMNO 3.0” senyap pada ketika ini, mereka sedang mengorak langkah. Bagi mereka, tidak ada gunanya bercakaran dengan Zahid dan Najib yang nyata tidak sedar diri dan bermimipi di siang hari.
Bila sampai masanya untuk mengundi dasar Belanjawan 2021 atau membuat sebarang keputusan lain, ahli-ahli “UMNO 3.0” ini akan membuat ketetapan masing-masing berdasarkan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan keahlian mereka dalam Dewan Rakyat, bukannya keahlian mereka dalam “UMNO atas kertas” pimpinan Zahid.
Rasa tidak puas hati mereka terhadap Belanjawan 2021 merangkumi banyak perkara dan tidak terhad kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Najib.
Sebagai contoh, ahli-ahli “UMNO 3.0” tidak setuju dengan peruntukan RM85.5 juta kepada JASA yang sememangnya dikecam hebat oleh segenap lapisan masyarakat dan majoriti ahli-ahli parlimen.
Ada juga di antara mereka yang menentang peruntukan RM400 juta untuk menghapuskan hutang yang ditanggung oleh peneroka Felda, kerana pada dasarnya, hutang itu timbul angkara Najib dan gengnya sendiri.
Apa pun, saya hairan bagaimana Najib tidak menyelitkan isu peruntukan RM85.5 juta kepada JASA sebagai syarat dalam tuntutannya terhadap kepimpinan Perikatan Nasional.
Boleh jadi secara senyap, Najib sendiri mengharapkan peruntukan itu untuk tujuan propaganda menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.
Masakan tidak, sedangkan pentadbiran Najib sendiri pernah menggunakan JASA sebagai “unit propaganda” sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Malah, Najib mengujudkan sebuah divisi khas dalam Pejabat Perdana Menteri yang didakwa menghulurkan dana beratus ribu ringgit untuk membiayai aktiviti Laskar Siber yang melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bukan gitu?
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
