Langkah Mahathir: Annuar Musa terkhilaf fakta, memberi persepsi palsu

“Kenyataan Tan Sri Annuar Musa semalam kononnya UMNO tidak terima keinginan Mahathir untuk tubuhkan sebuah kerajaan baru bersama DAP adalah kurang tepat memandangkan Mahathir tidak pernah sekali pun menjemput UMNO atau DAP en bloc”

Raggie Jessy Rithaudeen

لڠكه محضير: اننوار موسى ترخلاف فكتا، ممبري ڤرسيڤسي ڤلسو

Ramai yang tertanya-tanya kepada saya maksud sebenar Syed Saddiq apabila beliau berkata Mahathir membuat keputusan untuk tidak adakan kerjasama en bloc dengan UMNO.

Sebenarnya, perkara ini bukanlah mengejutkan dan sejajar dengan apa yang saya katakan selama ini.




Jika saudara-saudari rujuk kembali pada sidang-sidang media yang saya buat sebelum ini dan terbitan-terbitan saya menerusi portal www.thethirdforce.net, saya selalu menyebut perihal “sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO” – seramai lebih 30 orang – terhadap Mahathir.

Tidak pernah sekali pun saya lafazkan “sokongan UMNO terhadap Mahathir,” kerana bukan itu matlamat sebenar beliau dari awal.

Semalam, saya ada bercerita perihal “Team Zahid” dalam satu terbitan berbahasa Inggeris berjudul, “The real reason Mahathir resigned as Bersatu Chairman.”

Di situ juga, “Team Zahid” (Pasukan Zahid) merujuk kepada ahli-ahli parlimen dari UMNO yang bersama dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bukannya UMNO seketul sebagai sebuah parti.

Inilah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kerjasama en bloc – Mahathir tidak pernah menjemput UMNO sebagai sebuah parti ataupun kesemua pemimpinnya untuk membentuk gabungan baru bersama ahli-ahli parlimen dari PPBM, PAS, AMANAH, Sabah, Sarawak dan kem Azmin serta mereka dari DAP yang tidak bersekutu dengan Lim Kit Siang.

Dari awal, matlamat Mahathir ialah untuk membentuk gabungan perpaduan dengan ahli-ahli parlimen berkenaan bagi mewakili  aspirasi dan kepentingan masyarakat majmuk menerusi pentadbiran yang bertunjangkan majoriti Melayu-Islam.

Sepertimana yang telah saya sebutkan semalam, apa yang sebenarnya dirancang oleh Mahathir berkisar di sekitar penyatuan ummah dan nasional yang berkekalan dan pasti akan tercapai walau apa pun perancangan pihak-pihak berkaitan, samada bersetuju ataupun tidak.

Loading...

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa semalam kononnya UMNO tidak terima keinginan Mahathir untuk tubuhkan sebuah kerajaan baru bersama DAP adalah kurang tepat memandangkan Mahathir tidak pernah sekali pun menjemput UMNO atau DAP.

Sebenarnya, perkara ini sudahpun diketahui oleh kepimpinan tertinggi UMNO dari awal, sekaligus bermakna kumpulan Annuar samada terkhilaf fakta atau berniat tidak baik.

Mungkin juga kumpulan Annuar memutuskan untuk menggunakan peluang ini bagi ‘mencantas’ Mahathir semata-mata kerana pemimpin tertentu dari UMNO tidak dipertimbangkan buat ketika ini.

Apa pun, dakwaan Annuar kononnya kesemua akuan bersumpah yang dihantar oleh ahli-ahli parlimen UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong tidak lagi sah sebenarnya jauh tersasar dari landasan kebenaran.

Ini kerana ahli-ahli parlimen yang menghantar akuan-akuan bersumpah tersebut berbuat demikian dalam kapasiti peribadi sebagai ahli parlimen, bukannya sebagai ahli parti, bagi memenuhi kriteria sokongan ahli-ahli parlimen terhadap Perdana Menteri.

Justeru, adalah tidak menjadi hak UMNO untuk menentukan status akuan-akuan bersumpah berkenaan biar apapun ‘keputusan’ atau ‘pendapat’ yang disampaikan oleh UMNO kepada Agong.

Hanya apabila ahli-ahli parlimen tersebut sendiri memberitahu Agong secara peribadi bahawa mereka tidak lagi menyokong Mahathir akan akuan-akuan bersumpah mereka menjadi tidak sah.

Inilah sebabnya Agong bersusah payah bertemu satu per satu ahli-ahli parlimen dari UMNO sejak semalam, sesuatu yang saya rasa kurang difahami oleh kepimpinan tertinggi UMNO dan PAS, khususnya, Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan.

Percayalah, biar apa pun kenyataan yang dibuat oleh Annuar, apa yang sebenarnya dirancang oleh Mahathir sudah pasti akan berlaku.

Cuma, pada ketika ini, Mahathir sedang melihat ‘gelagat’ aneh dan mengelirukan oleh pemimpin tertentu dari UMNO dan PAS seperti Annuar Musa dan akan membuat keputusan yang sewajarnya berdasarkan apa yang dilihatnya.

Saya sebenarnya berasa kesal dengan tindak tanduk Zahid yang berdiam diri tatkala Annuar memberikan persepsi yang salah kepada umum berdasarkan fakta-fakta yang tidak tidak langsung berpaut pada realiti politik semasa.

Selebihnya akan saya rungkai secara live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK TERUS DI SINI) malam Sabtu ini (pukul 10), bersamaan 1hb Mac 2020 selepas kemelut politik yang melanda berakhir dan Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong selesai membuat pertimbangan dan keputusan.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...