‘Langkah Rawang’ untuk jadikan Anwar Menteri Besar Selangor?

Menurut sebuah portal online, usaha yang dinamakan sebagai ‘Langkah Rawang’ itu berkemungkinan besar akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bakal menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chua Wei Kiat terpaksa melepaskan kerusi kawasan itu kepada Anwar. Sumber (gambar): Fail TTF

‘لڠكه راوڠ’ اونتوق جاديكن انور منتري بسر سلاڠور؟

Sebuah portal online mendakwa ada percubaan untuk menjadikan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut portal tersebut, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, mendakwa menerima maklumat tersebut daripada sumber dalaman PKR.

Anwar sebelum ini pernah berkomplot bersama Rafizi Ramli, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa pemimpin PKR dan DAP untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kini, ada aura-ura menyatakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi tanah-air menerusi satu lagi langkah, iaitu Langkah Rawang.


PETALING JAYA: Sebuah portal online (Project MM) mendakwa ada percubaan untuk menjadikan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut portal tersebut (gambar bawah), Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, mendakwa menerima maklumat tersebut daripada sumber dalaman PKR.




Menurutnya, usaha yang dinamakan sebagai ‘Langkah Rawang’ itu berkemungkinan besar akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan bakal menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chua Wei Kiat terpaksa melepaskan kerusi kawasan itu kepada Anwar.

“Persoalannya, apa pendirian Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berhubung ‘Langkah Rawang’ ini.

“Bagaimana pula dengan kesediaan Adun Rawang Chua Wei Kiat untuk melepaskan jawatan yang baru disandangnya selama 24 bulan untuk memberi ruang kepada Anwar bertanding di sana,” katanya.

Anwar sebelum ini pernah berkomplot bersama Rafizi Ramli, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa pemimpin PKR dan DAP untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Pada 27 Januari 2014, ADUN PKR, Lee Chin Cheh,meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding kerusi Kajang menerusi Pilihan Raya Kecil.

Pada ketika itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju agar Anwar bertanding bagi mempertahankan kerusi PKR di Kajang.

Loading...

Justeru bermulalah pergerakan Anwar ke hulu ke hilir, siang dan malam, subuh dan senja, malam dan dinihari berkempen di Kajang.

Malangnya, atas faktor keputusan mahkamah tidak memihak kepada Anwar dalam kes liwat 2, PKR akhirnya mencalonkan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi PRK DUN Kajang.

Wan Azizah kemudian diwar-warkan sebagai bakal pemegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Walaubagaimanapun, perkara ini tidak disenangi oleh pihak Istana Selangor dan Sultan Selangor sendiri, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang berpendapat Wan Azizah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar dengan berkesan atas beberapa sebab.

Disebabkan terdesak, pada 4hb Ogos 2014, Saifuddin mengeluarkan sebuah dossier yang didakwa mengandungi maklumat yang mempersoalkan integriti peribadi Khalid.

Dosier ini kemudiannya terbukti palsu. Malah, pada 14hb Ogos 2015, Saifuddin sendiri meminta maaf secara terbuka atas tindakan mengeluarkan dosier berkenaan apabila Khalid memanjangkan perkara tersebut ke mahkamah.

Tetapi tindakan mahkamah yang diambil oleh Khalid tidak dapat menghalang Datuk Seri Azmin Ali daripada dilantik sebagai Menteri Besar Selangor setelah PAS bertindak menghantar tiga nama calon ke Istana – sepertimana yang dikehendaki oleh Sultan Selangor – tanpa pengetahuan DAP dan Anwar.

Kini, ada aura-ura menyatakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi tanah-air ini bakal berulang menerusi satu lagi langkah, iaitu Langkah Rawang.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...