
لنجوتن ڤرينته كاولن ڤرڬرقن، اڠك چوۏيد-19 تركيني چتوس تندا سؤال بسر
Jika benar peningkatan kes harian Covid-19 baru-baru ini disebabkan “tunggakan kes tahun lepas yang lambat dilapor,” perlukah PKP dilanjutkan?
Jika diambil kira kata-kata Nor Hisham, nampaknya jumlah kes terkini samada tidak banyak berubah atau kekal meningkat biarpun fasa pertama PKP 2.0 tamat.
Jadi jelaslah tindakan menghadkan rentas negeri tidak membawa apa-apa kesan, dan Muhyiddin sendiri mengesahkan pada 11hb Januari 2021 bahawa 54.41 peratus kes aktif melibatkan tempat kerja.
Jadi mengapakah penumpuan tidak diberikan kepada kluster-kluster tempat kerja, dan mengapakah status PKP di kawasan lain tidak diubah ke PKPB dengan kawalan ketat bagi merentas negeri dikekalkan?
PETALING JAYA: Kita diberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara disambung bermula Jumaat ini sehingga 18hb Februari depan.
Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang berkata, keputusan itu diambil dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas penelitian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melihat peningkatan jumlah kes positif Covid-19.
Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam memberitahu, peningkatan kes harian Covid-19 baru-baru ini sehingga berjumlah 16,751 disebabkan oleh tunggakan kes lama yang lambat dilapor.
Jelasnya, sebilangan jumlah kes itu adalah dari tahun lepas, di mana kes-kes ini sudah ditangani jabatan kesihatan daerah.
“Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengesahkan bahawa situasi ini disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.
“Peningkatan kes yang mendadak ini adalah disebabkan oleh saringan bersasar di tempat kerja, saringan kontak rapat, dan saringan kumpulan berisiko tinggi yang dijalankan secara besar-besaran di beberapa buah negeri.
“Namun begitu, kes-kes yang lewat dilaporkan ini telah diambil tindakan sewajarnya di lapangan oleh pejabat kesihatan daerah (PKD) berkenaan seperti pengasingan dan rawatan ke atas kes-kes positif, pengesanan kontak rapat serta pengesanan kes secara aktif,” katanya dalam satu kenyataan.
Persoalannya:
1. Jika benar peningkatan kes harian Covid-19 baru-baru ini disebabkan “tunggakan kes tahun lepas yang lambat dilapor,” perlukah PKP dilanjutkan?
2. Pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP, rekod tertinggi yang dilaporkan ialah sebanyak 3,027 kes pada 7hb Januari 2021.
3. Jika diambil kira kata-kata Nor Hisham, nampaknya jumlah kes terkini samada tidak banyak berubah atau kekal meningkat biarpun fasa pertama PKP 2.0 tamat.
Jadi jelaslah tindakan menghadkan rentas daerah dan negeri tidak membawa apa-apa kesan, dan Muhyiddin sendiri mengesahkan pada 11hb Januari 2021 bahawa 54.41 peratus kes aktif melibatkan tempat kerja.
Jadi mengapakah penumpuan tidak diberikan kepada kluster-kluster tempat kerja, dan mengapakah status PKP di kawasan lain tidak diubah ke PKPB dengan kawalan ketat dikekalkan bagi menghadkan aktiviti rentas negeri?
4. Bukankah statistik angka Covid-19 sebaik sebelum dan sepanjang tempoh PKP menunjukkan kerajaan gagal mengenalpasti punca utama penularan kes dalam gelombang ketiga dan cara-cara menangani penularan berkenaan?
5. Adakah data menunjukan aktiviti “dine-in” di tempat-tempat makan ataupun mesyuarat-mesyuarat kecil penyumbang besar kepada peningkatan mendadak kes Covid-19 dalam gelombang ketiga?
6. Adakah kajian saintifik dibuat selama ini oleh kerajaan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menjadikan jumlah kes di Sarawak tidak seteruk kawasan-kawasan lain sehingga Sarawak tidak dikenakan PKP?
7. Mengapakah hasil penemuan kajian-kajian sebegini tidak didedahkan kepada umum bagi membantu kita sama-sama memerangi wabak Covid-19, atau adakah kajian-kajian sebegini tidak pernah dibuat?
8. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan kes-kes yang dilaporkan selepas ini merupakan kes-kes terkini dan bukannya yang lambat dilapor?
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
