Lantikan politik menjadi lumrah kerajaan Bangsa DAP

TTF: Sebelum pilihanraya umum ke-14, kami disajikan dengan pelbagai janji oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, termasuk janji bahawa tidak akan berlaku lantikan politik dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.

Malah, pada 2hb Ogos 2018, kerajaan menamatkan terus perkhidmatan sembilan ahli lembaga pengarah dalam 4 badan yang berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan  atas alasan bahawa lantikan mereka merupakan lantikan politik.

Tetapi sehingga kini, kerajaan tidak pernah menunjukkan bukti bahawa lantikkan mereka didorong faktor politik biarpun menteri yang berkenaan, Syed Saddiq, berkeras bahawa tindakkan yang diambil kementeriannya tepat dan sejajar dengan janji manifesto Pakatan Harapan.

Anehnya, apabila bos beliau sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Khazanah dan Dato’ Seri Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah syarikat kerajaan tersebut, beliau terus membisu.

Syed turut membisu apabila Mahathir melantik Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), iaitu sebuah syarikat subsidari kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) yang dipengerusi oleh Mahathir sendiri.

Dan hari ini, kami disajikan pula dengan berita bahawa Mohamed Haniff Khatri Abdulla, iaitu seorang peguam yang telah berkali-kali memberi khidmat guaman peribadi kepada Mahathir, dilantik sebagaiPengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang baharu.

Pemberian aset-aset Tabung Haji milik Melayu-Islam kepada Bangsa DAP, perlantikkan kroni-kroni Mahathir ke syarikat-syarikat milik kerajaan, pemecatan 25 Imam di Perlis bagi mengembangkan fahaman Wahabi di utara, pembelaan seorang menteri rasis beragama Hindu yang bertanggungjawab memarakkan rusuhan yang mengorbankan seorang Melayu-Islam – inilah yang dikatakan Malaysia Baru yang diidam-idamkan rakyat jelata.

Tahniah kepada semua pengundi yang mengundi Pakatan Harapan pada PRU 14 yang lepas.


KUALA LUMPUR: Peguam terkemuka, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang baharu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata pelantikan itu mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamed Haniff adalah pemegang Ijazah Sarjana dari London School of Economics (LSE) dan juga seorang peguam, katanya dalam kenyataan hari ini.


Rina turut mengumumkan pelantikan Profesor Emeritus Datuk Dr Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi Universiti Teknikal MARA (UniTEK MARA) dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi selaku Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd.

Sukiman sebelum ini terbabit dengan Penyelidikan dan Pembangunan seperti Offshore Oil Production EPMI, Terengganu dan Pembangunan Kualiti Air, Jabatan Alam Sekitar, manakala Akhramsyah Muammar Ubaidah berkhidmat selama 16 tahun sebagai jurutera, perunding dan pengurusan sebuah syarikat petroleum antarabangsa.

Dalam kenyataan itu, tidak dinyatakan tarikh pelantikan terbabit berkuat kuasa dan tempoh mereka memegang jawatan berkenaan.

Sumber: Berita Harian Online


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...