Lantikan semua ahli parlimen bukan menteri, timbalan menteri ke Syarikat Berkaitan Kerajaan dapat pelbagai reaksi

Sebilangan mereka yang bersetuju menyerang Pakatan Harapan sambil berkata lantikan politik yang berlaku sewaktu Pakatan Harapan berkuasa tidak kurang hebatnya. Sumber (gambar): NST Online

THE THIRD FORCE

لانتيكن سموا اهلي ڤرليمين بوكن منتري، تيمبالن منتري ك شريكت بركاءيتن كراجأن داڤت ڤلباڬاي رياكسي

Kerajaan persekutuan hari ini mengumumkan pelantikan semua anggota parlimen blok kerajaan yang tidak bergelar menteri atau timbalan menteri sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen, Datuk Takiyuddin Hassan yang turut berkata keputusan ini dicapai kerana mereka layak untuk dipertimbangkan ke jawatan itu.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah di mana semua ahli parlimen dari blok kerajaan yang tidak terlibat dalam kabinet persekutuan diberikan jawatan pengerusi GLC.




Pengumuman ini mendapat pelbagai reaksi dari para netizen – sebilangan mereka yang bersetuju menyerang Pakatan Harapan sambil berkata lantikan politik yang berlaku sewaktu Pakatan Harapan berkuasa tidak kurang hebatnya.

Mereka yang tidak bersetuju pula mendakwa perkara ini tidak pernah terjadi dan bertanya samada kriteria kelayakan bagi seseorang menjawat jawatan pengerusi GLC adalah keanggotaan dalam parlimen semata-mata.

Mereka turut mendakwa perkara ini dilakukan sebab kepimpinan utama kerajaan terdesak kerana Perikatan Nasional hanya memiliki lebihan tiga kerusi daripada majoriti yang perlu untuk membentuk kerajaan.

Apakah pandangan anda?

Sila berikan pendapat anda di ruang komen di bawah ini. Saya akan menyatakan pendirian peribadi saya samada esok ataupun lusa.

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...