Laporan bahawa PBB Sarawak meninggalkan BN di luar pengetahuan saya

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

1.  Laporan mengenai PBB Sarawak yang diberitakan telah meninggalkan BN adalah di luar pengetahuan saya.

2. Malah saya tidak bertemu dengan Datuk Patinggi Ketua Menteri dan merayu agar PBB tidak meninggalkan BN,  seperti yang dilaporkan.

3. Namun saya amat menghormati dan mengalu-alukan pendirian PBB dan parti-parti komponen BN Sarawak yang berhasrat menjalin hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sarawak dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan.

4. BN sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri di bawah BN untuk mengambil langkah yang sama demi kepentingan negeri dan rakyat.

5. Dengan kenyataan ini diharap tidak ada pihak yang melaporkan berita secara serkap jarang dan kurang profesional.

Dr Ahmad Zahid Hamidi
Pengerusi Barisan Nasional

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...