Laporan dibuat, Lim Guan Eng sah disiasat bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan

“Saya mewakili pihak Gerakan Bangsa Nasional (GBN) dalam membuat satu laporan polis terhadap Lim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya atas tuduhan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan, perkauman, anti-Melayu, anti-Islam dan pro-evangelis (berserta bukti hitam putih)”

Raggie Jessy Rithaudeen

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan membuka kertas siasatan terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan bersabit kenyataan yang dikeluarkan beliau pada 3hb November 2019.




Dalam kenyataan tersebut, Lim, ketika berucap di sebuah majlis kenvensyen DAP di Muar, Johor, mendakwa kemenangan MCA di pilihan raya kecil (PRK) di Tanjung Piai akan menjurus kepada pengesahan (endorsement) falsafah keagamaan ekstremis PAS dan UMNO.

Menurut Lim lagi, PAS dan UMNO tidak membenarkan mereka yang bukan Melayu dan bukan Islam memegang jawatan menteri dalam kabinet.

Lim turut mendakwa falsafah PAS dan UMNO melarang masyarakat bukan Islam, khususnya mereka yang beragama Kristian, untuk berkumpul bagi menjalankan ibadat sembahyang masing-masing.

Petang tadi, saya mewakili pihak Gerakan Bangsa Nasional (GBN) dalam membuat satu laporan polis terhadap Lim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya atas tuduhan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan, perkauman, anti-Melayu, anti-Islam dan pro-evangelis.

Dalam laporan tersebut, saya meminta jasa baik Ketua Polis Negara (KPN), Dato’ Seri Abdul Hamid bin Bador, untuk menahan dan menyiasat Lim bawah Akta SOSMA 2012 atas sebab-sebab berikut:

1. Saya mengesyaki Lim cuba mencucuk jarum kebencian agar masyarakat bukan Islam, khususnya yang beragama Kristian, takut pada agama Islam, budaya Islam, pentadbiran Islam serta masyarakat Melayu-Islam.

2. Kata-kata hasutan Lim mampu mencetuskan huru-hara dan boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Saya turut meminta pihak polis menyiasat parti DAP dan portal www.dapmalaysia.org yang memuat naik teks ucapan penuh Lim pada 3hb November 2019.

Saya memberitahu polis bahawa tindakan memuat naik teks tersebut tanpa sebarang kata penafian membuktikan DAP menyokong penuh hujah Lim memandangkan portal www.dapmalaysia.org merupakan saluran pemberitahuan DAP berhubung agenda parti dan sebagainya.

Pada ketika itulah saya dimaklumkan, secara bertulis, bahawa pihak polis akan menyiasat Lim di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Saya bersyukur atas tindakan pihak polis membuka kertas siasatan jenayah bagi kes ini dan berharap Lim akan diheret ke muka pengadilan secepat mungkin.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...