اڤورن: ايكونومي مليسيا برتمبه بوروق، كواڠن تڬڠ
Fitch Solutions menjangkakan bahawa prospek ekonomi Malaysia akan bertambah buruk.
Dalam laporan terkininya, Fitch menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini akan menurun dari 11.5 peratus kepada 10 peratus sambil menyentuh perihal “penggunaan swasta yang disenyapkan”.
Menurut Fitch Solutions, lonjakan kes Covid-19 akan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Pada Disember tahun lalu, Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia dari A- kepada BBB +.

“Pekerjaan dan gaji cenderung sekali lagi berada di bawah tekanan yang kuat, kali ini dalam ruang lingkupan sokongan fiskal yang lebih rendah, memandangkan kewangan kerajaan sudah tegang dan hampir dengan had hutang yang meningkat sebanyak 60 peratus dari KDNK,” katanya.
Firma itu menambah, penurunan dalam kadar pertumbuhan KDNK akan memberi kesan negatif terhadap jumlah dana yang ada yang diperlukan untuk memperkuat sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Sejak 11hb Januari lalu jumlah kes Covid-19 yang aktif meningkat dari 28,554 kepada 48,150 kes setakat semalam.
Menurut Fitch Solutions, lonjakan kes Covid-19 akan melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Pada Disember tahun lalu, Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia dari A- kepada BBB +.
THE THIRD FORCE
Disunting dan diterjemah dari laporan Fitch Solutions, Malay Mail Online dan Malaysiakini
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT: