
لاڤورن: انم منتري امنو سديا لتق جاوتن، محي الدين تيدق ڤواس هاتي دڠن كڤوتوسن اڬوڠ
UMNO didakwa telah memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerusi kenyataan media selepas mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) parti itu Khamis lalu.
Menurut laporan, kenyataan itu merupakan reaksi kepada teguran Muhyiddin terhadap menteri-menteri UMNO kerana menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak mengisytiharkan darurat.
Menurut laporan itu lagi, ahli MKT UMNO Mohd Puad Zarkashi mengesahkan bahawa menteri-menteri UMNO “dibelasah” oleh Muhyiddin dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan, Puad berkata, UMNO menjadi sasaran kerana menteri Umno menyokong keputusan raja-raja Melayu menolak darurat.
Laporan itu turut memetik sumber sebagai berkata, enam menteri UMNO bersedia untuk berundur dari Kabinet Muhyiddin kerana tidak puas hati dengan cara beliau memperkecilkan parti itu.
PETALING JAYA: UMNO didakwa telah memberi amaran kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerusi kenyataan media selepas mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) parti itu Khamis lalu.
Menurut laporan, kenyataan itu merupakan reaksi kepada teguran Muhyiddin terhadap menteri-menteri UMNO kerana menyokong keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah untuk tidak mengisytiharkan darurat.
“Kalau kita lihat kenyataan media pada Khamis lalu, ia jelas mempunyai beberapa maksud tersirat. Khususnya para keempat dan kelima.
“Ini kerana Umno tidak puas hati dengan tindakan Muhyiddin menyerang menteri-menteri Umno dalam mesyuarat kabinet melalui aplikasi Zoom baru-baru ini,” sumber yang tidak dinamakan dipetik sebagai berkata.
Menurutnya, Muhyiddin mempersoalkan pendirian menteri-menteri UMNO yang didakwa sebulat suara menyokong cadangan darurat sebelum Agong menolaknya.
Keadaan itu, dakwa sumber terbabit, memang tidak menyenangkan UMNO dan sekurang-kurangnya enam menteri menyatakan bantahan dengan memberitahu Muhyiddin, dia tidak boleh terus memperkecilkan parti mereka.
“Itulah sebabnya Umno mengadakan mesyuarat MT Umno dua kali dalam masa seminggu,” katanya.
Menurut laporan itu lagi, ahli MKT UMNO Mohd Puad Zarkashi mengesahkan bahawa menteri-menteri UMNO “dibelasah” oleh Muhyiddin dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.
Dalam satu kenyataan, Puad berkata, UMNO menjadi sasaran kerana menteri Umno menyokong keputusan raja-raja Melayu menolak darurat.
“Jika tidak dilayan, politiking berterusan. Kerajaan 113 terus tidak stabil. Rakyat menjadi mangsa. Puncanya, tiada kejujuran politik,” kata Mohd Puad.
Laporan itu turut memetik sumber sebagai berkata, enam menteri UMNO bersedia untuk berundur dari Kabinet Muhyiddin kerana tidak puas hati dengan cara beliau memperkecilkan parti itu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
