Laporan Jho Low berada di India berita palsu

Jho Low didakwa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad pada 5 November lalu menaiki pesawat peribadi sebelum ke Dubai. Sumber (gambar): TTF

Selepas didakwa menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) serta memperoleh pasport dari negara Cyprus, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dikesan berada di India pula.

Bagaimanapun laporan keberadaan Jho Low di India itu disahkan palsu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara mendedahkan ahli perniagaan dalam buruan itu sedang berusaha membeli harta di Cyprus menggunakan nama seseorang indidvidu.

Menurut Hamid, usaha mendapatkan Jho Low juga berdepan kesukaran selepas negara (yang melindungi Jho Low) enggan memberikan kerjasama.


KUALA LUMPUR: Selepas didakwa menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) serta memperoleh pasport dari negara Cyprus, ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dikesan berada di India pula.

Lelaki dalam buruan yang berusia 38 tahun itu dikatakan berada di negara itu atas urusan perniagaan.




Bagaimanapun laporan keberadaan Jho Low di India itu disahkan palsu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Fake news (berita palsu),” demikian reaksi Abdul Hamid dalam pesanan yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp kepada Astro AWANI pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan portal Asia Times yang berpangkalan di Hong Kong bahawa Jho Low berada di India bagi urusan lawatan selama tiga hari dan ahli perniagaan itu juga dalam pemerhatian pihak polis.

Laporan berita itu turut disiarkan di portal berita berita The Star.

Jho Low didakwa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad pada 5 November lalu menaiki pesawat peribadi sebelum ke Dubai.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara mendedahkan ahli perniagaan dalam buruan itu sedang berusaha membeli harta di Cyprus menggunakan nama seseorang indidvidu.

Menurut Hamid, usaha mendapatkan Jho Low juga berdepan kesukaran selepas negara (yang melindungi Jho Low) enggan memberikan kerjasama.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...