لاڤورن: محضير باكل ڬنتي إبراهيم علي سباڬاي ڤريسيدن ڤوتر
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Tun Dr Mahathir Mohamad dikhabarkan akan mengambil alih jawatan presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) yang baru disertainya sebagai penasihat parti.
Menurut Utusan Malaysia, Presiden Putra, Ibrahim Ali, bakal menyerahkan tampuk pimpinan parti itu kepada Mahathir dalam rombakan parti yang akan datang.
Rabu lalu, Mahathir secara rasmi menyertai Putra keahlian nombor ‘satu’.
Mahathir berkata Putra akan bermesyuarat untuk membincangkan pemilihan akan datang di enam negeri, sambil berkata, keputusan akan dibuat sama ada beliau akan bertanding.

Dakwa portal itu, ini sekali gus menjelaskan mengapa Mahathir diangkat sebagai “ahli nombor satu” Putra, yang sebelum ini disandang oleh Ibrahim.
Ketua Gerakan Tanah Air Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan turut dilaporkan memberitahu Utusan bahawa Ibrahim kini sedang mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat majlis tertinggi Putra bagi membincangkan peralihan pimpinan itu dan memuktamadkan barisan kepimpinan baru.
TONTON: FILEM KISA AYAH IZIN ANAK KELUAR ISLAM, PM DIAM? UMNO DIAM?
Rabu lalu, Mahathir secara rasmi menyertai Putra keahlian nombor ‘satu’.
Mahathir berkata Putra akan bermesyuarat untuk membincangkan pemilihan akan datang di enam negeri, sambil berkata, keputusan akan dibuat sama ada beliau akan bertanding.
Mahathir juga berkata Pejuang dialu-alukan untuk bekerjasama dengan Putra jika parti itu mahu memperjuangkan hak orang Melayu.
“Saya rasa lebih baik mereka menyertai kami daripada meminta dua atau tiga kerusi daripada gabungan lain di luar sana,” katanya.
THE THIRD FORCE