Laporan: Muhyiddin tolak pencalonan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri

Pertemuan Majlis Tertinggi Umno semalam turut membincangkan kemungkinan menyegerakan PRU. Sumber (gambar): Fail TTF

لاڤورن: محي الدين تولق ڤنچلونن زاهيد سباڬاي تيمبالن ڤردان منتري

Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu untuk UMNO menamakan seorang pemimpin parti itu sebagai calon Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak dapat menerima Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi sebagai calon itu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Sin Chew Daily mendakwa Muhyiddin bersedia melantik seorang wakil UMNO ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.

Menurut laporan akhbar itu, seorang sumber dari UMNO mendakwa parti itu diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru kerjasama mereka dengan PPBM, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri dan jawatan lain.

Jika Muhyiddin gagal memuaskan hati UMNO, kata sumber-sumber, mereka akan mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja ancaman Covid-19 berkurangan.


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa sedang menunggu untuk UMNO menamakan seorang pemimpin parti itu sebagai calon Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak dapat menerima Datuk Seri Dr Ahamad Zahid Hamidi sebagai calon itu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Sin Chew Daily mendakwa Muhyiddin bersedia melantik seorang wakil UMNO ke jawatan berkenaan dan terserah kepada parti terbabit mengemukakan calon.




Menurut Malaysiakini, Sin Chew mendakwa, Muhyiddin tidak dapat meneriman Zahid sebagai timbalannya kerana ahli parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

“Tan Sri (Muhyiddin) boleh terima Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan; Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob atau Hishammuddin Hussein yang kini tiada sebarang jawatan dalam parti.

“Sekarang (Muhyiddin) cuma menunggu cadangan Umno, tapi jika mereka bertegas mahukan Zahid, maaflah,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, seorang sumber dari UMNO mendakwa parti itu diminta membentuk sebuah jawatankuasa rundingan bagi membincangkan terma baru kerjasama mereka dengan PPBM, termasuk pelantikan timbalan perdana menteri dan jawatan lain.

Jika Muhyiddin gagal memuaskan hati UMNO, kata sumber-sumber, mereka akan mendesak agar pilihan raya umum (PRU) diadakan sebaik saja ancaman Covid-19 berkurangan.

Katanya pertemuan Majlis Tertinggi Umno semalam turut membincangkan kemungkinan menyegerakan PRU.

“Tapi ini UMNO bergantung kepada langkah lanjut Muhyiddin, termasuk jika dia mengemukakan tawaran baru kepada  seperti pelantikan timbalan perdana menteri, usaha menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi,” kata sumber yang hadir dalam pertemuan malam Isnin.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...