Laporan: Peja Enggan Komen Dakwaan 16 Ketua Bahagian Bersatu Perak Mahu Dia Digantikan

Ketua Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu. Sumber (gambar): Fail TTF

Portal Free Malaysia Today semalam memetik  sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata wujud ada akuan berkanun (SD) meminta Ketua Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu digantikan.

 Menurut FMT, perkara itu didedahkan salah seorang daripada ketua bahagian Bersatu di negeri itu.

Individu itu didakwa berkata SD terbabit ditandatangani 16 daripada 24 ketua bahagian Bersatu Perak yang tidak bersetuju dengan cara Faizal atau lebih dikenali Peja memohon pertukaran tempat antara Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin dengan Adun Changkat Jong Nadziruddin Bandi.

Sementara itu, Utusan Malaysia memetik seorang Ahli Majlis Tertinggi Bersatu menafikan kewujudan akuan berkanun yang dimaksudkan, sementara Faizal sendiri dilaporkan enggan mengulas laporan yang memetik sumber tidak dinamakan.

“SD itu minta kedudukan Peja dikaji semula atau digantikan dengan pemimpin lain, ramai tidak setuju kerana tidak dimaklumkan pertukaran kerusi itu sebelum permohonan rasmi dibuat ke DUN.

“Surat itu diberi kepada Timbalan Presiden Hamzah Zainudin pada minggu lalu, sekarang kita tunggu arahan selanjutnya,” katanya sepertimana dipetik FMT.

Faizal sebelum ini menjelaskan beliau membuat permintaan menukar kerusi itu susulan pelantikan Nadziruddin sebagai setiausaha Bersatu Perak, jawatan dilepaskan Zainol.

FMT menulis:

Beberapa bahagian Bersatu melihat ‘cubaan’ membenarkan Nadziruddin mengambil alih peranan Zainol sebagai pemangku ketua pembangkang selepas Razman Zakaria dari PAS digantung selama enam bulan.

Zainol yang menjadi Adun selama empat penggal duduk bersebelahan Razman dalam DUN Perak manakala Nadziruddin berkhidmat untuk penggal pertama.

Loading...

Permintaan itu ditolak Speaker DUN Perak Zahir Abdul Khalid, walaupun beliau bersetuju memindahkan Nadziruddin ke barisan depan, dua kerusi dari Zainol.

Difahamkan, Hamzah diberi tanggungjawab untuk menangani isu membabitkan Bersatu Perak itu.

Sementara itu, Utusan Malaysia memetik seorang Ahli Majlis Tertinggi Bersatu menafikan kewujudan akuan berkanun yang dimaksudkan, sementara Faizal sendiri dilaporkan enggan mengulas laporan yang memetik sumber tidak dinamakan.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...