Laporan Polis bagi menyiasat Prof Shads Saleem Faruqi dan Wong Yan Ke

Dato’ Razlan Rafii

Gerakan untuk meyokong Statut Rome sedang hebat dijalankan melalui Petition yang diedarkan melalui Whstapp dan Facebook.

Satu laporan polis yang dj ketuai oleh saya, Dato’ Mohd Razlan Rafii, sudah dibuat (lihat di bawah) untuk menyiasat penglibatan Profersor Shads Saleem dan Wong Yan Ke kerana kemungkinan mendalangi gerakan ini.

Umum sudah mengetahui bahawa Kerajaan telah menarik semula keputusan yang telah dibuat berkenaan Statut Of Rom, namun perkara ini tidak berhenti di situ sahaja.


Gerakan Menyokong Statut of rom ini amat bahaya keraja ianya menderhaka kepada Majlis Raja-Raja dan keputusan Kerajaan.

Dato’ Razlan Rafii menjawab pertanyaan pihak pemberita

Prof Shads Saleem adalah diantara orang yang memberi penerangan kepada Majlis Raja-raja sebelum ini dan beliau menyokong agar Statut Of Rom ditandatangani.

“Kita tidak mahu Malaysia jadi seperti Thailand dimana Himpunan diantara Baju Merah dan Baju Kuning bertembung untuk menegakkan sesuatu perkara.

Sekira gerakan Menyokong ini tidak di bendung, saya percaya ianya akan menjadi besar, dan saya bersama-sama rakyat Malaysia tidak akan duduk diam, kami juga akan bergerak bagi menyatakan Sokongan kami kepada Majlis Raja-Raja untuk menolak Statut Rome ini”

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...