Raggie Jessy Rithaudeen
Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan membuat satu laporan polis terhadap DAP serta setiausaha agongnya, Lim Guan Eng, pada pukul 3 petang esok, bersamaan 7hb November 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya.
Laporan tersebut merupakan laporan kedua dalam tempoh yang sama dan akan disusuli satu sidang media pada pukul 4 petang di perkarangan luar IPD tersebut.
Dalam sidang berkenaan, pihak media akan diberi maklumat terperinci secara bertulis dan lisan berkenaan tujuan laporan tersebut dibuat.
Sepintas lalu, laporan ini berhubung dua kenyataan berbaur pro-evangelis, perkauman dan hasutan melibatkan DAP dan Lim Guan Eng di mana pihak polis akan diberi bukti hitam putih kenyataan terkini yang dibuat oleh Lim dan disokong DAP.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:
+6016-404 9082
Saya mengalu-alukan dan mengharapkan kehadiran wakil-wakil daripada semua perkumpulan politik dan bukan politik yang berteraskan Melayu-Islam yang sayangkan perpaduan dan berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Saya turut menjemput pihak media dan blogger-blogger yang berminat untuk membuat liputan selain dari liputan yang akan dibuat oleh GBN dan www.thethirdforce.net
Sekian
