Raggie Jessy Rithaudeen
Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya tengah hari Sabtu, bersamaan 2hb Mei 2020 berhubung isu ‘pen-Cina-an Malaysia’ dan “pemberian kerakyataan kepada beratus ribu warga China” oleh pihak tertentu.
Laporan tersebut akan dibuat pada pukul 12.30 tengah hari dan akan disusuli dengan satu sidang media penuh di luar perkarangan IPD yang sama di sekitar jam 2.30 tengah hari.
Sidang media berkenaan akan dibuat secara live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) berserta beberapa saluran lain dengan bantuan rakan-rakan.
Dalam sidang media tersebut, saya akan memperinci tujuan laporan dibuat berserta bukti-bukti berkaitan.
Salinan laporan polis berserta kenyataan media rasmi akan saya edarkan menerusi email kepada semua media tempatan, di mana kandungan laporan dan kenyataan media tersebut tidak akan dicetak menerusi laman web The Third Force melainkan ianya tidak dibawa oleh media lain.
Untuk ssebarang pertanyaan, sila hubungi saya menerusi WhatsApp 0164049082 ataupun email [email protected]
Untuk tujuan laporan ini, saya tidak menggalakkan penyokong untuk hadir bersama sebagai menghormati dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan keperluan penjarakkan sosial.
Sekian
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
