Dato’ Lokman Adam
Pemantau Malaysia Baru hari ini telah membuat satu laporan polis, bertujuan utk meminta pihak polis menyiasat berkenaan dgn satu laporan yang ditulis di dalam satu laman sesawang (https://toyolofselangor.wordpress.com) pada hari ini bertajuk “toyol of selangor”.
Didalam portal ini, penulis tersebut telah mendakwa bahawa beliau merupakan seorang pegawai YB Dato Sri Azmin Ali dan beliau telah mendapati terdapatnya salah laku, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang serius oleh YB Dato Sri Azmin Ali semasa beliau bertugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Mengikut laporan tersebut YB Dato Sri Azmin Ali telah didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengumpul kekayaan bagi diri beliau, isterinya Datin Shamsidar Taharin, adik ipar beliau Johan Taharin dan proxy beliau Muhammad Gaddafi Kamal.
Mereka didakwa mempunyai akaun-akaun bank di beberapa negara selain daripada Malaysia seperti di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Dubai, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika Syarikat.
Laporan itu juga menyenaraikan nama- nama bank, nombor-nombor akaun, jumlah yang terdapat di dalam setiap akaun-akaun tersebut dan nama tuan punya akaun-akaun tersebut secara terperinci.
Oleh yang demikian saya ingin meminta pihak PDRM untuk menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dipunyai oleh YB Azmin Ali dan juga oleh isteri dan saudara mara serta proxy beliau. Jika terdapat penyalahgunaan kuasa dan / atau rasuah dipihak YB Dato Sri Azmin Ali, isteri, adik ipar dan proxy beliau seperti di dakwa. Adalah diharapkan agar mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya terdapat bukti yang kukuh.
Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.
