LAPORAN POLIS LGE: SIDANG MEDIA PERUTUSAN SURAT RASMI KEPADA HAMID BADOR DI BUKIT AMAN

“Saya mengalu-alukan kehadiran wakil media serta blogger-blogger untuk membuat liputan langsung sidang media yang dijangka bermula pukul 4 petang esok dan amat mengharapkan kehadiran dan sokongan kumpulan-kumpulan pejuang yang ikhlas mempertahankan kebenaran dan kedaulatan undang-undang”

Raggie Jessy Rithaudeen

Gerakan Bangsa Nasional akan mengutus surat rasmi kepada Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, bagi meminta penjelasan berhubung tindakan PDRM mengklasifikasikan laporan terhadap Lim Guan Eng “tiada tindakan lanjut” tidak sampai setengah jam ianya dibuat.




Empat daripada ahli LPK pusat GBN akan berjumpa di perkarangan IPP PDRM di Bukit Aman pada pukul 3 petang esok sebelum menyerahkan surat permintaan rasmi untuk diadakan perjumpaan antara GBN dan Hamid Bador.

Sepintas lalu, lebih kurang pukul 1.10 pagi, 13hb September 2019, saya membuat laporan di IPD Subang Jaya bagi meminta Hamid Bador untuk membuka kertas siasatan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan akta-akta lain yang berkaitan bagi menyiasat Setiausaha Agong DAP, Guan Eng.

Ini berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim di media berhubung isu “boikot produk keluaran bukan Bumiputra,” di mana kenyataan-kenyataan ini disyaki bertujuan melagakan masyarakat bukan Islam dan Islam serta mencerminkan PAS dan UMNO sebagai parti rasis dan ekstremis lampau.

GBN turut meminta pihak PDRM menyiasat Lim bagi menentukan sekiranya berlaku salahguna kuasa memandangkan tindak-tanduknya sebagai menteri mampu mempengaruhi masyarakat bukan Islam untuk membenci masyarakat Islam.

Malangnya, tidak sampai setengah jam laporan dibuat, saya dimaklumkan bahawa laporan tersebut diklasifikasikan di bawah seksyen NFA (no further action) dan diberikan dokumen yang mengesahkan perkara itu.

Justeru, GBN membuat keputusan untuk mengadakan perbincangan dengan Hamid Bador kerana khuatir ada tangan ghaib dalam PDRM dan (atau) Jabatan Peguam Negara yang bertindak memberikan kekebalan luar biasa melangkaui batasan perundangan kepada Guan Eng.

Sebaik selepas surat kami dihantar, saya akan mengadakan sidang media di perkarangan luar Bukit Aman di mana sidang tersebut dijangka bermula pada pukul 4 petang.

Loading...

Apapun, pihak GBN akan melakukan sidang live menerusi Facebook “Raggie Jessy Rithaudeen,” “Gerakan Bangsa Nasional,” “Rosdzaman Dato’ Haji Mohd Yusup” dan “The Third Force” bagi menjelaskan beberapa perkara kepada umum.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:

+6016-404 9082

Saya mengalu-alukan kehadiran wakil media serta blogger-blogger untuk membuat liputan langsung sidang media tersebut dan amat mengharapkan kehadiran dan sokongan kumpulan-kumpulan pejuang yang ikhlas mempertahankan kebenaran dan kedaulatan undang-undang.

Sekian

Yang Benar,
RJ Rithaudeen (merangkap Pengerusi Bersama GBN)


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...