LAPORAN POLIS TERHADAP AZILAH HADRI, ANWAR IBRAHIM (KES ALTANTUYA) DAN FARHASH WAFA SALVADOR (KES SALAHLAKU SEKSUAL ANWAR)

Raggie Jessy Rithaudeen

Satu laporan polis telahpun dibuat terhadap pegawai khas Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, meminta pihak polis menyaisat beberapa dakwaan yang dibuat Farhash berhubung kes salahlaku seksual Anwar.




Laporan tersebut selesai dibuat pada pukul 3.41 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan disusuli satu sidang media live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (lihat bawah).

Intipati teks laporan adalah sepertimana yang tertulis di bawah pemberitahuan ini (rujuk bawah).

Saya turut ingin memaklumkan bahawa satu lagi laporan polis akan dibuat esok di tempat dan waktu yang sama, kali ini terhadap Anwar serta bekas pegawai Gerakan Unit Selam Tempur di cawangan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Azilah bin Hadri.

Bersambung selepas video sidang media berikut:

LIVE: PERIHAL AKUAN BERSUMPAH AZILAH (KES ALTANTUYA) DAN LAPORAN POLIS TERHADAP FARHASH (KES CABUL ANWAR)

Loading...

Posted by Raggie Jessy Rithaudeen on Tuesday, December 17, 2019

Sepintas lalu, Azilah pernah bertugas sebagai pengiring  Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan membunuh Altantuya.

Laporan esok akan disusuli dengan sidang media pada pukul 4.30 petang di mana saya akan memperinci tujuan laporan dibuat serta dakwaan seorang peguam bahawa Azilah telah diminta oleh Anwar untuk membuat Akuan Bersumpah palsu bagi menyabitkan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya Shariibuu.


INTIPATI TEKS LAPORAN POLIS TERHADAP FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK

PADA 15 HB DISEMBER 2019, PADA PUKUL 3 PETANG, SAYA TERBACA SATU LAPORAN MALAYSIAKINI DI MANA FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK, PEGAWAI KEPADA PRESIDEN PKR, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, MENDAKWA APA YANG DICERITAKAN OLEH MUHAMMED YUSOFF RAWTHER DALAM SATU SIDANG MEDIA PADA 4HB DISEMBER 2019 ADALAH SUBJUDIS DAN BERBAUR FITNAH.

SEBELUM INI, PADA 4HB DISEMBER 2019, FARHAS TURUT MENDAKWA DALANG DI SEBALIK AKUAN BERSUMPAH YUSOFF TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MERUPAKAN SEORANG YANG BERNAMA BADRUL HISHAM YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI CHEGUBARD.

SAYA MENDAPATI KENYATAAN-KENYATAAN UMUM FARHASH INI MENCURIGAKAN DAN MENGESYAKI BELIAU MENYIMPAN BUKTI YANG PENTING BERHUBUNG DAKWAAN YUSOFF BAHAWA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TELAH MEMPERLAKUKANNYA SECARA TIDAK SENONOH DAN JUGA CUBA MELIWATNYA SECARA PAKSA.

SEKIRANYA BENAR FARHASH MENYIMPAN BUKTI KES, IANYA MERUPAKAN KESALAHAN AMAT SERIUS KERANA IANYA BOLEH DITAFSIRKAN SEBAGAI USAHA SULIT FARHASH MEMANIPULASI SIASATAN POLIS TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.

JUSTERU, SAYA MERAYU KEPADA KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI ABDUL HAMID BADOR, UNTUK MENGGUNAKAN SEGALA APA AKTA ATAUPUN SALURAN PERUNDANGAN YANG MUNGKIN UNTUK MEMAKSA FARHASH MENDEDAHKAN SEKIRANYA BELIAU MEMPUNYAI BUKTI BAHAWA BADRUL HISHAM MENDALANGI TUDUHAN YUSOFF TERHADAP ANWAR ATAU BUKTI MENUNJUKKAN YUSOFF MENABUR FITNAH DAN MEMBUAT AKUAN BERSUMPAH PALSU.

SEKIAN LAPORAN SAYA

ARTIKEL BERKAITAN (WAJIB BACA):

Bekas peguam: Anwar suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya [BERSERTA VIDEO]



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...