Dato’ Lokman Adam
Assalamualaikum w.b.t. Dan Salam 1 Malaysia
Berdasarkan kenyataan yang telah dibuat oleh Abdul Kadir Jasin berhubung Institusi Raja-raja, satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis Saujana Utama, 24 jalan Dahlia 2, Saujana Utama 2, Sungai Buluh (3km dari Puncak Alam) esok 29/5/2018 jam 6 petang.
Kenyataan yang keluar dari mulut Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan itu jelas menggangu-gugat dan mencemar Institusi Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan Kanun Keseksaan serta boleh dianggap telah melakukan ‘treason’ atau “pengkhianatan”.
Dalam masa yang sama, beliau juga secara jelas telah menghasut rakyat dan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 serana jelas mempunyai ‘seditious tendency’ atau kebarangkalian untuk menghasut rakyat untuk membenci institusi Raja Berperlembagaan.
Sehubungan itu saya menjemput semua rakyat dan pihak media yang cintakan agama, bangsa dan negara untuk bersama kami esok dan sekaligus menyertai Majlis Berbuka Puasa (Tiada Bayaran Dikenakan) dan Pelancaran Pemantau Malaysia Baru selepas itu di ketetapan berikut :
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PELANCARAN PEMANTAU MALAYSIA BARU
TARIKH : 29/5/2018 (SELASA)
MASA : 6.30 Petang
TEMPAT : No38, Jln Dataran Suria 15/7/3, Bandar Puncak Alam, Bandar Puncak Alam, Selangor
Sekian. Semoga tidak diuzurkan jua. Sebarang Pertanyaan boleh hubungi saya 0123320000 atau Hj Rahim 0123991932.
DATO’ LOKMAN NOOR BIN ADAM
Presiden Penaja
Pemantau Malaysia Baru
