Laporan polis terhadap Lim Guan Eng berhubung isu boikot

Raggie Jessy Rithaudeen

Satu laporan polis akan dibuat terhadap Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng, pada pukul 3 petang hari Khamis bersamaan 12hb September 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya.




Laporan tersebut akan disusuli satu sidang media pada pukul 4 petang di perkarangan luar IPD tersebut di mana pihak media akan diberi maklumat terperinci secara bertulis dan lisan berkenaan tujuan laporan tersebut dibuat yang antara lain menyentuh perkara-perkara berikut:

1. Isu boikot produk bukan Islam

2. Kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng berhubung isu tersebut

3. Apa yang rakyat tidak diberitahu berhubung isu ini, termasuk sebab sebenar ianya bangkit

4. Kegagalan pihak tertentu menangani isu ini

Sepertimana sidang media terdahulu, segala apa maklumat yang bakal didedahkan sudahpun diserahkan kepada 30 pihak berasingan yang akan menyimpannya dan membuat laporan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap saya.

Butiran lebih terperinci akan diberikan semasa sidang media yang turut akan berlangsung secara ‘live’ menerusi beberapa saluran Facebook.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:

+6016-404 9082

Saya mengalu-alukan kehadiran wakil daripada media tempatan serta NGO-NGO dan blogger-blogger yang berminat dan dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Yang Benar,
RJ Rithaudeen


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...