LAPORAN POLIS TERHADAP PEGUAM, INDIVIDU KEDUA YANG CABAR KEPUTUSAN AGONG TIDAK ISYTIHAR DARURAT

Raggie Jessy Rithaudeen

Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh tengah hari Sabtu, bersamaan 31hb Oktober 2020 berhubung saman pemula yang difailkan oleh seorang peguam berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tidak bertindak mengisytiharkan darurat.

Saman yang dimaksudkan difailkan oleh Syed Iskandar Syed Jaafar di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi Tetuan R Kengadharan & Co dengan menamakan kerajaan sebagai defendan.




Tujuan utama laporan ini dibuat adalah bagi melaksanakan tanggungjawab saya sebagai hamba Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan terkesan dengan segala apa tindakan yang pada hemat saya mungkin mengandungi unsur-unsur menghina Institusi Diraja.

Dalam laporan esok, saya turut akan menamakan seorang individu yang secara terbuka mengelirukan umum berhubung kuasa-kuasa Yang Di-Pertuan Agong apabila mempersoal secara terbuka keputusan Seri Paduka Baginda Tuanku untuk tidak mengisytiharkan darurat.

Laporan tersebut akan dibuat pada pukul 12.30 tengah hari dan akan disusuli dengan satu sidang media penuh pada hari yang sama di lokasi yang akan diberitahu kepada wakil-wakil media secara email..

Sidang media berkenaan turut akan dibuat secara live menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) berserta beberapa saluran lain dengan bantuan rakan-rakan.

Dalam sidang media tersebut, saya akan memperinci tujuan-tujuan lain laporan dibuat, nama individu kedua yang akan dinamakan dalam laporan dan bukti-bukti yang berkaitan.

Salinan laporan polis berserta kenyataan media rasmi akan saya edarkan menerusi email kepada semua media tempatan, di mana kandungan laporan dan kenyataan media tersebut tidak akan dicetak menerusi laman web The Third Force melainkan ianya tidak dibawa oleh media lain.

Untuk ssebarang pertanyaan, sila hubungi saya menerusi WhatsApp 0164049082.

Loading...

Untuk tujuan laporan ini, saya menggalakkan penyokong untuk hadir bersama tetapi menyeru agar segala tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan keperluan penjarakkan social dipatuhi.

Sekian

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...