LAPORAN POLIS TERHADAP RAMELI MUSA, AMERICK SIDHU, BANK NEGARA DAN PENGURUS MAYBANK JALAN TUN RAZAK UNTUK SIASAT PENYALURAN WANG HARAM RM1.4 JUTA KE AKAUN CLARE BROWN

“Saya akan membuat satu laporan polis pada pukul 12.30 tengah hari esok, bersamaan 5hb Mac 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) di Subang Jaya, Selangor. 

“Laporan ini bertujuan meminta pihak polis menyiasat Americk Sidhu, Dato’ Dr Rameli Musa, Pengurus Maybank Jalan Tun Razak dan Bank Negara bagi menentukan tahap penipuan yang berlaku dalam konspirasi jahat mereka untuk menipu bank pusat di United Kingdom bagi tujuan menyalurkan wang haram bernilai RM1.4 juta ke dalam akaun peribadi Clare Rewcastle Brown.

“Satu sidang media akan diadakan di luar perkarangan balai tepat pada pukul 2 petang esok.

“Saya menjemput semua wakil media serta NGO-NGO dan blogger-blogger bagi membuat liputan langsung sidang tersebut yang turut akan diberitahu seperkara berkenaan kenyataan MACC baru-baru ini”

RJ Rithaudeen

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...