Laporan polis terhadap Takiyuddin Hassan

“Kenyataan (Takiyuddin) ini juga seolah-olah dengan cara menghasut orang ramai untuk bertindak pada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Agong bertindak bertentangan dengan kehendak parlimen atau kabinet” – Ketua Pemuda AMANAH. Sumber (gambar): Fail TTF

لاڤورن ڤوليس ترهادڤ تاكييوددين حسن

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Menteri Undang-undang Datuk Takiyuddin Hassan.

Laporan tersebut berkait dengan kenyataan beliau berkenaan tanggungjawab kabinet memberikan ‘nasihat’ kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) tentang tempoh Darurat.

Dalam laporannya, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin menyuarakan kebimbangan mengenai kenyataan menteri itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Agong.

Shazni merujuk kenyataan Takiyuddin bertarikh 12 Jun yang mendakwa Agong bertindak atas nasihat kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika keadaan darurat diisytiharkan pada bulan Januari – bagi menangani Covid-19.


Satu laporan polis telah dibuat terhadap Menteri Undang-undang Datuk Takiyuddin Hassan.

Laporan tersebut berkait dengan kenyataan beliau berkenaan tanggungjawab kabinet memberikan ‘nasihat’ kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA) tentang tempoh Darurat.




Menurut Malaysiakini, laporan itu dibuat oleh Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin.

Dalam laporannya, Shazni menyuarakan kebimbangan mengenai kenyataan menteri itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap Agong.

“Kenyataan YB menteri ini boleh difahami bahawa beliau seolah-olah memberi peringatan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa baginda tidak mempunyai pilihan lain selain melakukan seperti yang diarahkan oleh kabinet sedangkan ia tidak berasas dan menyimpang daripada Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang memperuntukkan hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa bebas untuk menasihati Yang di Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19,” katanya pada laporan polis itu.

Shazni merujuk kenyataan Takiyuddin bertarikh 12 Jun yang mendakwa Agong bertindak atas nasihat kabinet mengikut Perlembagaan Persekutuan ketika keadaan darurat diisytiharkan pada bulan Januari – bagi menangani Covid-19.

Shazni berkata Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dianggotai oleh 19 orang ditugaskan untuk menasihati raja sama ada meneruskan darurat atau tidak.

“Kenyataan (Takiyuddin) ini juga seolah-olah dengan cara menghasut orang ramai untuk bertindak pada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Agong bertindak bertentangan dengan kehendak parlimen atau kabinet.

“Dilihat dari sudut itu, pernyataan beliau mempunyai kecenderungan menghasut dan kerana ini merupakan kesalahan di bawah undang-undang,” katanya lagi.

Loading...

THE THIRD FORCE

Diubahsuai daripada laporan Malaysiakini

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...