
لاڤورن ڤوليس ترهادڤ زاهيد حميدي
Parti Amanah Negara (Amanah) membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Taklimat Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Sabtu lalu.
Dalam ucapan itu, Zahid didakwa menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Armada Bersatu Malaysia turut membuat laporan polis di IPD sama dan menyifatkan kenyataan Zahid pada Taklimat Khas berkenaan sebagai berbaur hasutan dan mengancam keselamatan negara.
Menurut Ketua Penerangan Armada, Mohd Ashraf Mustaqim, Zahid dalam ucapannya telah menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
RUJUK JUGA VIDEO DI HUJUNG BAWAH ATAU KLIK DI SINI
Parti Amanah Negara (Amanah) membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Taklimat Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Sabtu lalu.
Dalam ucapan itu, Zahid didakwa menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Klip video dan teks ucapan Ahamd Zahid di majlis itu tular di media sosial,” kata Pengarah Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan.
Laporan itu di buat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
TONTON: ZAHID PERLU SEGERA LETAK JAWATAN
Menurut Mohd Sany, pihaknya membuat laporan polis supaya siasatan dilakukan terhadap Zahid serta beberapa individu lain yang turut berucap dalam majlis sama selain menyiasat pihak yang memuat naik ucapan berkenaan dan pihak menganjurkan majlis berkenaan.
Sementara itu, Armada Bersatu Malaysia turut membuat laporan polis di IPD sama dan menyifatkan kenyataan Zahid pada Taklimat Khas berkenaan sebagai berbaur hasutan dan mengancam keselamatan negara.
Menurut Ketua Penerangan Armada, Mohd Ashraf Mustaqim, Zahid dalam ucapannya telah menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak.
“Ingin menanam kebencian, menanam prasangka supaya rakyat tidak mempercayai integriti institusi-institusi ini, sekali gus mengancam keselamatan negara.
“Zahid telah membuat fitnah terhadap sistem kehakiman negara yang kononnya telah dinodai oleh tangan-tangan ghaib, ia jelas telah menghasut rakyat dan merosakkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis itu.
Ashraf berkata ucapan itu juga cuba menyemarakkan api kemarahan ahli UMNO yang hadir pada taklimat itu untuk membenci institusi kehakiman negara.
“Zahid juga menfitnah mahkamah, kononnya sudah bersiap sedia untuk membebaskan Syed Saddiq dan Lim Guan Eng walaupun kesnya belum selesai dibicarakan.
“Sedangkan mahkamah kita bersifat bebas, terbukti sejak di bawah kerajaan Perikatan Nasional kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiada satu campur tangan pun di dalam sistem kehakiman,” katanya.
THE THIRD FORCE
