
لاڤورن: ڤڤبم جوهر ڤانس، اهلي ممبرونتق ماهو سرتاي ڤرتي محضير
Sebuah portal berita sebentar tadi melaporkan berlaku pemberontakan di kalangan ahli-ahli PPBM Johor yang dikatakan ingin bersama parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan, pemberontakkan ini turut melibatkan bahagian PPBM presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh.
Semalam, Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru yang “akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi” sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini tetapi tidak terikat menyokong PN atau PH.
Terdahulu, Ketua PPBM Bahagian Klang Syed Abdillah Syed Abdul Aziz mengisytiharkan pembubaran bahagian itu dan permohonannya untuk menyertai parti Mahathir.
PETALING JAYA: Sebuah portal berita sebentar tadi melaporkan berlaku pemberontakan di kalangan ahli-ahli PPBM Johor yang dikatakan ingin bersama parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan, pemberontakkan ini turut melibatkan bahagian PPBM presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh.
Walaupun parti baharu pimpinan Mahathir masih belum mempunyai nama, seorang ADUN kanan Bersatu Johor dilaporkan sebagai berkata terdapat minat yang sangat besar untuk menyertainya.
“Walaupun parti itu belum wujud. Perasaan nak sertai parti itu khususnya daripada ahli-ahli Bersatu nampak agak menyerlah juga lah,” kata wakil rakyat yang enggan namanya disiarkan itu.
Semalam, Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru yang “akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi” sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini tetapi tidak terikat menyokong PN atau PH.
Terdahulu, Ketua PPBM Bahagian Klang Syed Abdillah Syed Abdul Aziz mengisytiharkan pembubaran bahagian itu dan permohonannya untuk menyertai parti Mahathir.
Sebelum itu, Ketua Bahagian Bersatu Kuala Selangor Mohd Shaid Rosli mengisytiharkan keluar parti dan sokongannya terhadap Mahathir.
Tindakan beliau disahut oleh seluruh ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua cawangan dan majoriti anggota akar umbi Bersatu Kuala Selangor yang bertindak keluar parti beramai-ramai.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
