Laporan: Risiko banjir pertengahan November, undang mudarat jika PRU

Menurut Tuan Ibrahim, jumlah anggota polis tidak cukup untuk tampung keadaan jika PRU pada musim banjir. Sumber (gambar): TTF

لاڤورن: ريسيكو بنجير ڤرتڠهن نوۏيمبر، اوندڠ مضرة جك ڤرو

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan pada tahun ini disebabkan taburan hujan tinggi dan risiko bencana banjir yang dijangka berlaku pada pertengahan November ini.

Beliau berkata berdasarkan ramalan keadaan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negara akan menerima taburan hujan yang lebih pada pertengahan November ini berbanding bulan-bulan lain, menurut Bernama.

Tuan Ibrahim berkata selain situasi kini tidak mendesak untuk diadakan pilihan raya, PRU-15 juga perlu dibuat dan dirancang dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan sebarang mudarat dan masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

“Kalau buat PRU masa ini memang tidak sesuai…

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Kalau buat PRU, anggota polis kena jaga peti undi, mana hendak jaga keselamatan rakyat yang terjejas akibat bencana banjir lagi.

“Tambahan pula, jumlah anggota polis tidak cukup untuk tampung semua ini,” katanya.

Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 dan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Lembangan Sungai Muda, di Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata selain situasi kini tidak mendesak untuk diadakan pilihan raya, PRU-15 juga perlu dibuat dan dirancang dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan sebarang mudarat dan masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

Sumber berita:

Tajuk:

Loading...

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...