لاڤورن سڤرم دبوات ترهادڤ محي الدين يسٓ
Satu laporan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan beliau menyogok kedudukan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Laporan ini dibuat susulan penularan satu surat pemberitahuan dan aduan bertarikh 29hb September 2020 yang diluluskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah kepada Speaker Dewan Rakyat yang mengandungi butiran tawaran GLC oleh Muhyiddin.
Terdahulu, peguam PEJUANG menjelaskan bahawa Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dengan jelas menyatakan, mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan kedudukannya bagi mendapat apa-apa suapan adalah melakukan suatu kesalahan. Takrifan ‘suapan’ di bawah Seksyen 3 Akta yang sama adalah termasuk juga ‘apa-apa jawatan..”

Menurut Afzanizam Abdul Rahman, laporan yang dibuatnya itu adalah atas dasar sayangkan negara agar tindak-tanduk Muhyiddin itu yang disyaki melanggar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 disiasat dan diadili.
Terdahulu, peguam PEJUANG menjelaskan bahawa Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dengan jelas menyatakan, mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan kedudukannya bagi mendapat apa-apa suapan adalah melakukan suatu kesalahan. Takrifan ‘suapan’ di bawah Seksyen 3 Akta yang sama adalah termasuk juga ‘apa-apa jawatan..”
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, tindakan Perdana Menteri yang menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi menyogok jawatan Pengerusi Petronas kepada YBM Gua Musang bukan hanya sesuatu yang amat memalukan, bahkan merupakan satu kesalahan rasuah yang serius yang wajar disiasat dengan segera oleh SPRM.
“Hatta dengan ketiadaan aduan oleh orang awam, Seksyen 29 (3) Akta SPRM memberikan kuasa yang luas kepada SPRM untuk menyiasat Perdana Menteri.
“Kami menyeru agar SPRM yang mutakhir ini terpalit dengan isu kredibiliti yang serius berkenaan kelolosan suspek Macau scam di dalam premisnya, wajar melakukan siasatan terhadap Perdana Menteri dengan segera, adil dan telus bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya,” katanya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT: