
Khairuddin Abu Hassan
لارڠن 3ر تيدق صح – زاهيد، ڤواد زركاشي كورڠ فهم اوندڠ-اوندڠ
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Saya rasa yang keliru dan tidak faham mengenai Akta Hasutan serta larangan menyentuh isu ‘3R’ adalah pemimpin-pemimpin ‘bangang’ seperti Zahid Hamidi bersama Puad Zarkashi.
Hakikatnya, semua rakyat Malaysia boleh bercakap mengenai ‘3R’ selagi tidak mempunyai sebarang unsur-unsur menghasut dan provokasi ke atas mana-mana bangsa, agama serta institusi DiRaja.
Apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap adalah penghuraian fakta-fakta tanpa sebarang bentuk unsur-unsur provokasi ke atas ‘3R.’
TONTON JUGA: LARANGAN 3R LANGGAR PERLEMBAGAAN, SATU BENTUK INTIMIDASI
Saya hendak tanya Zahid Hamidi dan Puad Zarkashi adakah Tun Dr Mahathir Mohamad menghasut orang ramai agar menolak bangsa-bangsa serta agama-agama lain?
Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata kepada rakyat Malaysia untuk menolak sistem ‘Raja Berperlembagaan’ di negara kita?
Tun Dr Mahathir Mohamad senantiasa menasihati kami untuk menghormati hak kaum-kaum dan agama-agama lain di tanahair kita.
Tokoh negarawan terulung ini selalu menyatakan kita harus mengujudkan sebuah negara yang berteraskan pada semangat kasih sayang, hormat menghormati dan hidup dalam rukun aman damai dengan semua bangsa di tanah tumpah darah kita ini.
Walaupun perjuangan Proklamasi Orang Melayu untuk menyatupadukan semula bangsa Melayu secara total dan mengkaji permasalahan orang-orang Melayu seterusnya mencari formula untuk selesaikan semua polemik permasalahan anak bangsa kita namun dalam masa yang sama kami tidak mengizinkan mana-mana pemimpin Proklamasi Orang Melayu menganjurkan sebarang bentuk provokasi yang bercanggah dengan undang-undang mahupun perlembagaan persekutuan.
Sebenarnya Zahid Hamidi serta Puad Zarkashi dua orang pemimpin ‘bangang’ yang tidak faham undang-undang Akta Hasutan secara mendalam.
Dalam Akta Hasutan ada menyebut ‘walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1)a bagi menunjukkan bahawa mana-mana Raja telah dikelirukan atau tersilap dalam apa-apa langkah yang diambil olehnya’ maka kita dibenarkan menghurai mengenainya serta terkecuali dari hasutan asalkan apa yang dihuraikan itu berteraskan fakta.
Tambahan pula, larangan bercakap atau menyentuh mengenai ‘3R’ ini dinyatakan oleh seorang Perdana Menteri yang tidak ‘cerdik’ adalah tidak sah.
Larangan tersebut tidak digubal menjadi undang-undang dan diluluskan di Parlimen.
Apa yang sedang berlaku pada hari ini pihak kerajaan telah salah guna kuasa memperalatkan PDRM untuk ugut serta menakut-nakutkan rakyat.
Kerajaan Malaysia pada hari ini sedang membawa kita ke arah pemerintahan ala ‘diktator’ mahupun ‘kuku besi’ kerana mencabul hak rakyat untuk bercakap secara ‘bebas’ walaupun ianya berteraskan fakta-fakta sahih.
Keseluruhan rakyat Malaysia harus perhatikan amalan ‘intimidasi’ kerajaan Madani yang hanya ‘bercakap tak serupa bikin.’
Sesungguhnya juga, pemimpin-pemimpin kerajaan pada hari ini terdiri dari ‘reformis sampah jalanan’ yang tidak faham dengan amalan demokrasi secara tulen.
TONTON JUGA: LARANGAN 3R LANGGAR PERLEMBAGAAN, SATU BENTUK INTIMIDASI
