“Apa yang cuba dilakukan oleh Laskar Siber pro-Najib ialah menyelamatkan reputasi mereka dengan pelbagai alasan palsu untuk jelaskan kenapa Anwar akan gagal tumbangkan kerajaan yang sedia ada pada 13hb Oktober 2020”
Raggie Jessy Rithaudeen
Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi sokongan majoriti ahli-ahli parlimen menyebabkan Laskar Siber pro-Najib mula panik dan memutarbelit fakta dengan pelbagai ‘analisis’ palsu bagi menyelamatkan reputasi mereka.
Kalau sebelum ini mereka berani bersumpah Anwar memiliki majoriti ‘selesa’, kini mereka mendakwa berlaku pepecahan dalam DAP menyebabkan sokongan terhadap Anwar menyusut teruk ke tahap majoriti tipis.
Bukan hanya ini satu penipuan, DAP sudah lama berpecah kepada dua kumpulan nyata (sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lagi) tetapi bersepadu menyokong apa jua usaha untuk menentang UMNO, khususnya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dakwaan kononnya DAP berpecah kerana “ada ahli-ahli parlimen yang baru dapat tahu Lim Guan Eng terlibat dalam pelbagai skandal rasuah” merupakan lawak jenaka antarabangsa kerana itu bukanlah penyebab sebenar perpecahan itu berlaku.
Apa pun, Anwar tidak pernah memiliki majoriti tipis, malah sokongan terhadapnya tidak pernah melepasi angka 91 dan kini menyusut teruk setelah ramai ahli parlimen sedar akan propaganda palsu yang dimainkannya.
Semalam, saya menulis:
Anwar mempunyai hak untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada 13hb Oktober 2020 dan mempersembahkan apa jua dokumen yang ingin dipersembahkannya.
Walaubagaimanapun, dokumen-dokumen ini tidak akan membawa apa-apa perubahan, kerana Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan “persembahan senarai nama” atau “akuan bersumpah” kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai asas untuk menumbangkan sesebuah kerajaan.
Saya tidak menafikan, bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memiliki sokongan majoriti dan tidak seharusnya kekal sebagai Perdana Menteri memandangkan sokongan ahli-ahli parlimen terhadapnya jauh kurang dari angka 111.
Biarpun begitu, cara yang betul ialah bagi Muhyiddin memanggil sidang tergempar parlimen untuk membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan usul tidak percaya yang dicadangkan olehnya kepada mantan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini.
Sekiranya sidang tergempar benar-benar berlaku dan Muhyiddin terbukti tidak memiliki majoriti, beliau memiliki opsyen untuk samada meletakkan jawatan bersama barisan Jemaah Menteri atau menasihati Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.
Sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan, barulah Yang Di-Pertuan Agong akan bertindak bertemu dengan ahli-ahli parlimen satu per satu untuk melihat siapa yang benar-benar memiliki sokongan majoriti.
Pada ketika itulah satu Malaysia akan tahu nama individu yang benar-benar disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen dan betapa besarnya penipuan Anwar.
Apa pun, Yang Di-Pertuan Agong masih lagi berhak bertemu dengan kesemua ahli parlimen pada bila-bila masa selepas Anwar menghadapnya bagi menyiasat kesahihan senarai yang dipersembahkan oleh Anwar.
Tidak dapat dinafikan bahawa Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa-kuasa prerogatif tertentu seandainya Muhyiddin terbukti tidak memiliki sokongan majoriti menerusi proses perlembagaan dan perundangan yang sah.
Tetapi apa yang cuba dilakukan oleh Laskar Siber pro-Najib ialah menyelamatkan reputasi mereka dengan pelbagai alasan palsu untuk jelaskan kenapa Anwar akan gagal tumbangkan kerajaan yang sedia ada pada 13hb Oktober 2020.
Barangkali mereka meneliti penjelasan saya semalam berhubung proses perlembagaan yang sah dan sedar bahawa retorik yang dimainkan mereka kononnya kerajaan akan jatuh Selasa ini tidak masuk akal dan cacat sama sekali.
Ini sebenarnya satu bentuk penghinaan kepada Institusi Diraja, Yang Di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan memandangkan nama Baginda Tuanku telah dilambung-lambung dengan begitu prejudis.
Begitu juga penjelasan kononnya Yang Di-Pertuan Agong akan menolak majoriti tipis Anwar kerana majoriti sebegini tidak jauh bezanya dengan situasi yang ada pada ketika ini.
Pihak yang melontarkan penjelasan ini berlagak seperti tahu apa yang Baginda Tuanku bakal lakukan dan sedang mengelirukan rakyat dengan mengubah-ubah peranan sebenar Yang Di-Pertuan Agong.
Saya amat berharap pihak Istana Negara membuat laporan polis terhadap kumpulan Laskar Siber ini agar perkara ini dapat disiasat bahawa Akta SOSMA kerana menghina Institusi Diraja dan Perlembagaan Persekutuan.
Saya sendiri akan mempertimbangkan membuat laporan polis setelah meneliti perkembangan esok sebagai menghormati Yang Di-Pertuan Agong yang masih belum bertemu dengan Anwar.
Ikuti penjelasan saya berhubung perkara ini secara live 6 petang ini di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK DI SINI) dan tontonilah live saya semalam (bawah) yang turut memperincikan isu sokongan ‘majoriti’ terhadap Anwar.
https://www.facebook.com/2128468974136128/videos/938309996693844
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
