GERAKAN BANGSA NASIONAL
Berikut merupakan asas kepada sembilan teras yang digariskan bersama kepimpinan Gerakan Bangsa Nasional (GBN) menerusi pelancaran Deklarasi Selangor yang berlangsung semalam di Taman Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor:
LATAR BELAKANG DEKLARASI SELANGOR
1. Kami, waris kepada wawasan yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan negara, dan Tun Abdul Razak, bapa pembangunan negara, percaya bahawa penghinaan kerajaan Pakatan Harapan terhadap kesucian Perlembagaan Persekutuan, agama Islam, Raja-Raja Melayu dan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu di negara ini sedang memudaratkan Bangsa Nasional, terutama sekali mereka yang beragama Islam.
2. Kami percaya bahawa kerajaan Pakatan Harapan adalah proksi kepada parti DAP yang sedang giat memanipulasi ekonomi dan dasar-dasar negara hinggakan ianya mengaibkan Bangsa Nasional, terutama sekali mereka yang beragama Islam yang merupakan majoriti di negara ini.
3. Kami percaya bahawa Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, terlalu dipengaruhi oleh parti DAP hingga terpaksa membenarkan ramai agen bukan Islam dari parti tersebut memegang pelbagai jawatan di agensi-agensi, jabatan-jabatan dan syarikat-syarikat milik kerajaan yang berurusan dengan hal-ehwal masyarakat Islam dan institusi-institusi Islam.
4. Kami percaya bahawa wakil-wakil DAP bukan Islam dalam Kerajaan Persekutuan sedang giat menyunting dan menghapuskan klausa-klausa tertentu dari dokumen-dokumen rasmi kerajaan hinggakan ianya mengaibkan golongan Bumiputra dan mereka yang beragama Islam yang merupakan majoriti di negara ini.
5. Kami percaya bahawa parti DAP sedang giat mempromosikan Islamofobia agar masyarakat Cina kurang selesa dengan agama Islam dan mereka yang beragama Islam. Kami juga percaya bahawa parti DAP sedang giat berusaha untuk menjadikan agama Islam bersifat liberal dengan bantuan ahli-ahli politik Melayu-Islam di bawah pengaruhnya.
6. Kami percaya bahawa pemimpin-pemimpin tertentu dari parti DAP sedang giat mengembangkan fahaman evangelis dan Zionis yang bersifat anti-Islam di kalangan Bangsa Nasional, termasuk mereka yang bergelar Bumiputera Sabah dan Sarawak dan mereka yang menganuti agama Islam.
7. Kami percaya bahawa parti DAP telah dan masih sedang bersekongkol dengan pelbagai pihak dari Kerajaan Persekutuan dan Pejabat Peguam Negara, termasuk Tommy Thomas, untuk mengiktiraf ICERD, Unified Examination Certificate (UEC) dan Statut Rom secara senyap, tanpa izin perkenan Raja-Raja Melayu dan tanpa diketahui masyarakat Melayu-Islam.
8. Kami percaya bahawa selagi Yang di-Pertuan Agong tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk memecat Perdana Menteri, Tuanku tidak dapat berfungsi dengan sempurna sebagai Ketua agama Islam kerana tidak mampu memecat Perdana Menteri sekiranya orang yang dilantik menjadi Perdana Menteri tidak mampu menjalankan tugas sepertimana yang dikehendaki Tuanku hinggakan perlantikannya membawa ancaman terhadap masyarakat Melayu-Islam dan agama Islam itu sendiri.
