Latheefa, apakah kita ditipu oleh Shukri Abdull selama ini?

Latheefa Koya berkata permohonan yang difailkan di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 itu bertujuan mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun Najib dan kemudian kepada 41 individu serta entiti terbabit. Sumber (gambar): FMT

Pada 21hb Jun 2019, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memfailkan permohonan pelucuthakan sivil ke atas 41 individu dan entiti untuk mendapatkan semula wang yang dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri, Najib Razak.

Justeru, bolehkah Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya, menjelaskan kenyataan yang dibuat SPRM pada 18hb Julai 2018 sepertimana ianya dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian pada hari tersebut (di bawah)?

Apakah kita ditipu oleh Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull selama ini?


KUALA LUMPUR 04 JULAI 2018. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika sidang media selepas selesai perbicaraan pertuduhan berhubung SIC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Akaun Najib tiada kaitan dengan siasatan SRC, 1MDB

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan pelepasan pembekuan akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah kerana ia tiada kaitan dengan siasatan SRC International (SRC) dan 1MDB membabitkan RM2.6 bilion.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan tindakan melepaskan pembekuan akaun itu bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu sudah selesai.




“Kami mendapati terdapat beberapa kekeliruan fakta yang dilaporkan oleh segelintir pihak menerusi media,” katanya.

Berhubung dakwaan SPRM mengadakan publisiti besar-besaran mengenai pembekuan akaun Najib dan menyepi apabila pembekuan akaun ditarik balik, SPRM menegaskan bahawa isu berkenaan tidak timbul.

Ini kerana suruhanjaya itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan pembekuan akaun, malah SPRM juga hanya mengesahkan pelepasan akaun berkenaan apabila persoalan itu ditimbulkan oleh media.

Dalam pada itu, katanya, terdapat juga akaun-akaun bank lain Najib yang turut terbabit dengan siasatan SRC dan 1MDB tidak dibekukan kerana akaun-akaun berkenaan sudah ditutup sebelum siasatan SRC dan 1MDB bermula pada Julai 2015.

“Ini bermakna, pembekuan akaun bank Najib berkaitan isu SRC dan dana RM2.6 bilion ketika itu tidak dapat dilakukan kerana akaun berkenaan sudah ditutup lebih awal sebelum siasatan dimulakan,” katanya.

SPRM turut menegaskan bahawa sehingga kini, siasatan berhubung dana RM2.6 bilion masih diteruskan.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...