LAWATAN YANG BERJAYA?

Tamrin Tun Ghafar. Sumber (gambar): Fail TTF

Tamrin Tun Ghafar

لاوتن يڠ برجاي؟

1. Hampir 2 minggu lepas Mat Sejuk atau ‘Abahcow’ telah melakukan Lawatan Resmi ke Republik Indonesia

2. Apakah setelah ‘berjaya’ maka lawatan yang sepatutnya dilakukan selama 2 hari itu katanya telah disengkatkan ke kurang 24 jam sahaja?

3. Bagi mereka yang kurang pasti maksud panggilan ‘MAT SEJUK’ dan ‘ABAHCOW’ maka ianya perlu dijelaskan:




i.  MAT  SEJUK – mencerminkan sikap ‘SELAMBA’ sesaorang atau mungkin ianya hanya kepura – puran seolah-olah TIDAK KISAH ATAU TIDAK PEDULI segala apa yang di lemparkan terhadap beliau namum disebalik nya ia lebih garang dari seekor singa yang cedera.

ii.  ABAHCOW – pada mulanya panggilan ABAH terhadap Muhyiddin di perkenalkan oleh mereka yang ingin menggampu beliau namun dihujung perkataan ABAH di tambah perkataan COW oleh mereka yang terlalu marah dan benci beliau , maka ujudlah ABAHCOW  yang membawa maksud:

ABAH  ang membawa erti BAPAK dalam bahasa Melayu sedangkan COW pula bermaksud LEMBU

4. Seperti juga apa yang berlaku di Malaysia, rakyat Indonesia mengikuti perkembangan politik kita sehingga terdapat dikalangan mereka MEMBANTAH lawatan tersebut melalui Facebook Presiden Jokowi dengan ayat-ayat yang tidak senang di baca; sebagai contoh:

i. ‘Bagaimana dia boleh jadi PM Malaysia sedangkan tidak ada sokongan dewan’

ii. ‘Pak Presiden , tolong sekat , jangan biarkan dia pulang ke Malaysia’

iii. ‘Dia ini manusia ke hantu dia tidak punya malu’

Loading...

iv. Yang paling terasa apabila seorang Netizen melemparkan cabaran berbunyi:

‘Hairan sungguh bagaimana rakyat di Malaysia boleh punyai pengkhianat sebagai Ketua Negara mereka-buang aja deh!’

5. Rakyat ingin tahu SEKEMBALI DARI LAWATAN ITU, SUDAH KAH BELIAU, ISTERI DAN ROMBONGAN MENJALANI KURANTIN DI HOTEL YANG DI SEDIAKAN SELAMA MINIMA 7 HARI JIKA TIDAK 10 ATAU 14 HARI SEPERTI APA YANG RAKYAT BIASA MESTI LAKUKAN??

Atau adakah dia dikecualikan oleh kerana kuman COVID 19 ini PASTI tidak akan menghinggapi PM dan ahli rombongan SEDANGKAN laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia ‘ atau World Health Organisation (WHO) MENGESAHKAN wabak COVID di Indonesia jauh lebih buruk dari kita; apakah itu tujuan Dr. Adham Baba MEMENDEKKAN masa kurantin BAGI menteri-menteri kepada HANYA 3 hari sahaja?’

6. Jika jalani kuarantin selama 7 hari, bukankah ini bermakna beliau TIDAK BOLEH ke pejabat?

7. Rakyat tertanya apa perlunya membuat lawatan tersebut dalam keadaan COVID ini sedangkan segala perbincangan  diantara beliau dan Presiden Indonesia BOLEH di lakukan melalui ATAS TALIAN atau TELECONFRENCING.

8. Jika tidak di ingatkan pun sepatutnya beliau boleh berfikir, tidak lama dulu iaitu pada bulan Nobember 2020 Malaysia telah menganjurkan  Persidangan APEC yang melibatkan ramai pemimpin dunia dengan cara TELECONFERENCING!

9. Bak kata pepatah:

Rumah Dah Siap, Pahat Masih Berbunyi

Ini berhubung dengan kos RM200 juta untuk mengendalikan TELECONFRENCING tersebut

10. RM 200 juta adalah satu perbelanjaan yang TAK MASUK AKAL bagi mengendalikan TELECONFERENCING; apakah ada elemen ‘penyelewangan’ berlaku?

11. Rakyat juga ingan tahu berapa ramai yang mengikuti rombongan tersebut dan berapakah jumlah yang dibelanjakan TERMASUK kos kapal terbang, hotel dan pegawai-pegawai keselamatan yang pergi lebih awal

12. Dalam musim COVID ini beliau tidak perlu membuat lawatan tersebut; SEPATUTNYA beliau TUNJUK contoh dan teladan baik yang boleh di ikuti, bukan nak menunjuk ‘SIAPA BOLEH HALANG APA PM NAK BUAT?’ sedangkan rakyat yang dah susah kena pula bayar kompaun RM1,000 malah ada yang di penjara jika tak mampu bayar

13. Bukan kah kos mengendalikan APEC RM200 juta, kos Lawatan ke Indonesia dan kos pembinaan 3 Dewan Orang Ramai sebanyak RM35 juta di Kawasan beliau sendiri di Pagoh, Johor TANPA TENDER TERBUKA boleh digunakan untuk membantu hospital-hospital yang MEMERLUKAN bantuan ubat-ubatan dan oksigen dan mungkin juga boleh disalurkan kepada Pasukan Tentera bagi MEMBINA hospital sementara untuk digunakan pesakit-pesakit wabak COVID?

14.  LAWATAN YANG AMAT BERJAYA? – itu kenyataan beliau sekembali dari Lawatan tersebut.

15. Tolong PERINCIKAN apakah KEJAYAAN beliau setelah perbincangan dengan Presiden Jokowi.

i. apakah  Indonesia MEMBERI IZIN agar Malaysia menganjakkan Batu Sempadan Negara 1 inci lagi ke dalam kawasan Indonesia?

ii. apakah Indonesia BERSETUJU nelayan kita menangkap ikan di dalam kawasan perairan mereka SECARA BEBAS tanpa di tangkap?

iii. apakah Indonesia BERSETUJU kita menghantar pulang setiap tahun 200,000 Pendatang Haram atau PATI?

Jika setakat pengumuman ‘bersetuju meningkatkan Kerjasama Ekonomi dan Kerjasama menangani Wabak COVID19, itu perkara biasa.

16. Apakah beliau menggunakan alasan Rahsia OSA dan wabak COVID untuk tidak memeberitahu rakyat KEJAYAANNYA itu?

Rakyat BUKANLAH Ahli Kabinet yang bukan sahaja telan apa yang di temberangkan malah TANPA mengkaji laporan ada yang berlagak sebagai hulubalang yang kononnya sanggup ke hadapan dan membuat kenyataan-kenyataan bodoh.

17. Difahamkan ribuan Netizen melalui Facebook rasmi Istana Negara MEMINTA Darurat di tarik balik dan Muhyiddin yang sudah tidak ada majoriti di Parlimen berhenti atau diberhentikan SERTA MERTA.

18. Inilah akibatnya apabila beliau SANGGUP MENIKAM ORANG YANG PERNAH MENYUAP NASI KE MULUT DENGAN MERAMPAS KUASA… ‘What Goes Around Comes Around,’ atau ‘APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA’

19. Walaupun punyai Kabinet terbesar dalam dunia, atau bak kata budak-budak, “Kitchen Cabinet,” namun beliau GAGAL, atau dalam bahasa Inggerisnya, YOU ARE A FAILURE.

20.  Mat Sejuk atau Abahcow ini PASTI AKAN DI KENANG SEBAGAI PENGKHIANAT, PEROMPAK DAN PENCURI YANG MENUBUHKAN KERAJAAN MELALUI PINTU BELAKANG.

21. Baru setahun melakukan RAMPASAN KUASA, rakyat sudah meyuarakan kemarahan amat sangat terhadap beliau; rata-rata; jika tidak, ini adalah BUKTI cakap beliau TIDAK BOLEH DI Percayai DAN MAHU beliau MEMBUKTIKAN  akap nya pada awal RAMPASAN KUASA bahawa beliau TIDAK BERMINAT jawatan yang di rampas ini.

22. Jagalah nama baik dan maruah isteri, anak-anak dan adik beradik jika TIDAK MAHU dicampakan ke dalam ‘Lubang Buaya’ seperti yang terdapat di Kota Jakarta

23.  TERSERAHLAH samada mahu menerima pandangan ini atau mahu MELENYAPKAN para pengkritik beliau atau MENGGUBAL undang-undang agar Perdana Menteri TIDAK BOLEH DI TEGUR ATAU DI KRITIK

Wassalam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...