Lebih 100 laporan polis seluruh negara terhadap Najib Razak

Keputusan pentadbiran Najib itu mencetuskan reaksi daripada waris kesultanan Sulu yang memulakan saman di peringkat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia. Summer (gambar): Fail TTF

لبيه 100 لاڤورن ڤوليس سلوروه نڬارا ترهادڤ نجيب رازق

Lebih 100 bahagian PKR dilaporkan membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat beliau berhubung keputusannya menamatkan bayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu.

Ini berlaku selepas keputusan itu menyebabkan waris mengheret Malaysia ke proses timbang tara, yang menyaksikan mahkamah Perancis memerintahkan negara itu membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Free Malaysia Today melaporkan bahawa 43 laporan polis dibuat terhadap Najib di Hulu Selangor sahaja berhubung dakwaan yang sama.

Sebelum ini, Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan menuduh Najib memanipulasi fakta berhubung isu rampasan dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.


Lebih 100 bahagian PKR dilaporkan membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat beliau berhubung keputusannya menamatkan bayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu.

Ini berlaku selepas keputusan itu menyebabkan waris mengheret Malaysia ke proses timbang tara, yang menyaksikan mahkamah Perancis memerintahkan Malaysia membayar pampasan sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).




Free Malaysia Today melaporkan bahawa 43 laporan polis dibuat terhadap Najib di Hulu Selangor sahaja berhubung dakwaan yang sama.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Memetik Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan, laporan itu dibuat dengan harapan kertas siasatan akan dibuka dan tindakan boleh diambil terhadap ahli parlimen Pekan itu.

“Tuntutan itu bermula berikutan keputusan pentadbiran Najib untuk menghentikan pembayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu pada 2013.

“Sekiranya beliau (Najib) tidak mengabaikan tugasnya sebagai perdana menteri, beliau akan memastikan semua langkah diambil untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang selepas pembayaran dihentikan,” kata Sathia selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor .

Beliau mendakwa keputusan pentadbiran Najib itu mencetuskan reaksi daripada waris kesultanan Sulu yang memulakan saman di peringkat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan menuduh Najib memanipulasi fakta berhubung isu rampasan dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Ketua Strategi Pemuda Amanah Ammar Tan dilaporkan sebagai berkata, laporan polis dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 499 dan 505 Kanun Keseksaan.

Loading...

“Kami membuat laporan polis terhadap Najib kerana kenyataan yang dikeluarkannya beberapa hari lalu yang menuduh pihak lain dan melepaskan diri daripada masalah yang disebabkannya ketika mentadbir negara.

“Niat kenyataan itu jelas untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat, melemparkan kesalahan, dan menjejaskan kerajaan sekarang,” katanya.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...