Lebih 500 jemaah hadir majlis kesyukuran Azmin Ali

Lebih 500 jemaah termasuk penduduk dan pelajar tahfiz hadir pada Majlis Kesyukuran, Tausiah dan Doa Selamat itu di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves. Sumber (gambar): Sinar Harian Online

لبيه 500 جماعه حاضر مجليس كشكورن عزمين علي

Selepas bersih daripada fitnah berkait video kontroversi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkongsi kesyukuran bersama masyarakat dalam satu majlis doa selamat di sini hari ini.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran serta diakhiri makan malam selepas solat Isyak.

Kelmarin Mohamed Azmin meluahkan penuh kesyukuran berhubung keputusan siasatan video intim yang sebelum ini yang mendakwa beliau sebagai pelaku dalam video berkenaan.

Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan tiada pertuduhan akan dikemukakan dalam kes video intim kontroversi mengaitkan Mohamed Azmin dengan bekas ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.


GOMBAK: Selepas bersih daripada fitnah berkait video kontroversi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkongsi kesyukuran bersama masyarakat dalam satu majlis doa selamat di sini hari ini.

Lebih 500 jemaah termasuk penduduk dan pelajar tahfiz hadir pada Majlis Kesyukuran, Tausiah dan Doa Selamat itu di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves.




Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli bacaan Yasin, tahlil dan doa kesyukuran serta diakhiri makan malam selepas solat Isyak.

Kelmarin Mohamed Azmin meluahkan penuh kesyukuran berhubung keputusan siasatan video intim yang sebelum ini yang mendakwa beliau sebagai pelaku dalam video berkenaan.

“Segala puji bagi ALLAH kerana membolehkan kebenaran mengatasi kejahatan.

“Walaupun saya dibersihkan sepenuhnya, saya berdoa tiada lagi yang akan menghadapi politik keji seperti ini,” katanya.

Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan tiada pertuduhan akan dikemukakan dalam kes video intim kontroversi mengaitkan Mohamed Azmin dengan bekas ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Keputusan itu dibuat susulan pakar forensik AS gagal mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi rendah.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...