Lebih RM1 juta untuk ubah suai, beli perabot di Jabatan Perdana Menteri

Ismail Sabri menjawab pertanyaan Hannah Yeoh (PH-Segambut) mengenai butiran Menteri dan Timbalan Menteri yang melakukan pengubahsuaian pejabat mereka pada 2020 atau 2021, termasuk pembelian perabot baharu. Sumber (gambar): Fail TTF

Lebih RM1 juta dibelanjakan untuk pengubahsuaian pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak dua tahun lalu.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah RM1,073,580 dibelanjakan untuk pengubahsuaian dan perabot.

Ismail berkata, sebanyak RM380,000 dibelanjakan untuk mengubah suai pejabat Menteri Undang-undang dan RM90,000 bagi pembelian perabot baharu yang dilakukan Puncak Interaktif Sdn Bhd.

Sebanyak RM192,870 dibelanjakan untuk mengubah suai pejabat Timbalan Menteri Undang-undang, dengan tambahan RM10,000 digunakan untuk pembelian perabot baharu. Kerayong Indah Enterprise disenaraikan sebagai kontraktornya.


PETALING JAYA: Lebih RM1 juta dibelanjakan untuk pengubahsuaian pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak dua tahun lalu.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah RM1,073,580 dibelanjakan untuk pengubahsuaian dan perabot.




Ismail menjawab pertanyaan Hannah Yeoh (PH-Segambut) mengenai butiran Menteri dan Timbalan Menteri yang melakukan pengubahsuaian pejabat mereka pada 2020 atau 2021, termasuk pembelian perabot baharu.

Beliau turut meminta kos dan syarikat terbabit dinyatakan.

Ismail berkata, sebanyak RM380,000 dibelanjakan untuk mengubah suai pejabat Menteri Undang-undang dan RM90,000 bagi pembelian perabot baharu yang dilakukan Puncak Interaktif Sdn Bhd.

Sebanyak RM192,870 dibelanjakan untuk mengubah suai pejabat Timbalan Menteri Undang-undang, dengan tambahan RM10,000 digunakan untuk pembelian perabot baharu. Kerayong Indah Enterprise disenaraikan sebagai kontraktornya.

Sejumlah RM145,977 dibelanjakan untuk mengubah suai pejabat Menteri serta Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), dengan kos pembelian perabot berjumlah RM254,733 oleh kontraktor Sega Elektrik Sdn Bhd.

Ismail berkata, pengubahsuaian dan penggantian perabot lama dilakukan mengikut garis panduan serta peraturan untuk perancangan bangunan oleh Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan Kos di bawah Unit Perancang Ekonomi di bawah JPM.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...