Lelaki dakwa pesawat penumpang dari India mendarat di KLIA disiasat

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kenyataan dikeluarkan itu adalah berita tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan terhadap orang ramai berhubung langkah diambil kerajaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Sumber (gambar): Fail TTF

للاكي دعوا ڤساوات ڤنومڤڠ دري اينديا مندارت د كليا دسياسات

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kenyataan seorang penama, Muhammad Fahmi Abdullah, yang menyatakan sebuah pesawat MH 191 dari New Delhi, India, membawa masuk penumpang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hantaran itu dibuat di Facebook selepas kerajaan mengeluarkan arahan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April lalu untuk melaksanakan sekatan sementara penerbangan penumpang keluar dan masuk dari India, bagi mencegah kemasukan varian baharu Covid-19 dari negara itu ke Malaysia.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No 2) 2021, yang diwartakan pada 11 Mac lalu khusus untuk mengekang aktiviti penghasilan dan penularan berita tidak benar yang mempunyai kaitan dengan wabak Covid-19 atau Proklamasi Darurat 2021.

Undang-undang sekaligus memberi kuasa kepada PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangkap tanpa waran mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang cuba menyiar serta menyebarkan berita tidak benar khususnya di media sosial.


KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kenyataan seorang penama, Muhammad Fahmi Abdullah, yang menyatakan sebuah pesawat MH 191 dari New Delhi, India, membawa masuk penumpang ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hantaran itu dibuat di Facebook selepas kerajaan mengeluarkan arahan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 28 April lalu untuk melaksanakan sekatan sementara penerbangan penumpang keluar dan masuk dari India, bagi mencegah kemasukan varian baharu Covid-19 dari negara itu ke Malaysia.




Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kenyataan dikeluarkan itu adalah berita tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan terhadap orang ramai berhubung langkah diambil kerajaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

“Selain kenyataan Muhammad Fahmi Abdullah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook, Wan Hilmi Wan Mohd Nor Hilmi mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat hantaran mengandungi kenyataan jelik serta mengaibkan kerajaan.

“Secara keseluruhan, PDRM membuka 12 kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021, memperuntukkan kesalahan terhadap sesiapa sahaja yang mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan apa-apa berita tidak benar sehingga menyebabkan ketakutan atau kebimbangan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No 2) 2021, yang diwartakan pada 11 Mac lalu khusus untuk mengekang aktiviti penghasilan dan penularan berita tidak benar yang mempunyai kaitan dengan wabak Covid-19 atau Proklamasi Darurat 2021.

Undang-undang sekaligus memberi kuasa kepada PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangkap tanpa waran mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang cuba menyiar serta menyebarkan berita tidak benar khususnya di media sosial.

Sumber:

WAJIB BACA:

Tan Sri Abdul Hamid Bador, ‘the legend’, wira kebangsaan – saya tabik hormat

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...