لمباڬ حاصيل دالم نڬري سراه نوتيس كبنكراڤن كڤد نجيب
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan memberi notis kebankrapan kepada mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekaligus bermakna Najib perlu membayar nilai tertentu dalam tempoh yang ditetapkan atau diisytiharkan muflis.
Menurut laporan, notis berkenaan berhubung cukai sebanyak RM1.7 bilion yang dikehendaki oleh LHDN daripada Najib.
Pada Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas perdana menteri itu, dengan kadar faedah lima peratus tahunan bermula daripada tarikh penghakiman, serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan berkata Najib gagal membayar cukai pendapatan untuk tahun 2011 hingga 2017 dalam jangka waktu 30 hari yang ditetapkan setelah notis taksiran dikeluarkan.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, Malaysiakini memberitahu bahawa pegawai LHDN difahamkan telah pergi ke kediaman Najib semalam dan menyampaikan notis itu kepadanya secara peribadi.
“Kes ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 5 Mei ini,” kata sumber itu.
Pada Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas perdana menteri itu, dengan kadar faedah lima peratus tahunan bermula daripada tarikh penghakiman, serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan berkata Najib gagal membayar cukai pendapatan untuk tahun 2011 hingga 2017 dalam jangka waktu 30 hari yang ditetapkan setelah notis taksiran dikeluarkan.
Oleh itu, jumlah hutang setiap tahun meningkat sebanyak 10 peratus.
Ketua Pengarah LHDN, Sabin Samitah tidak memberikan sebarang respons ketika dihubungi.
THE THIRD FORCE
MUST READ:
Makin ramai pemimpin UMNO seru pucuk pimpinan parti berundur
Loading...